Selasa, 28 Disember 2010

berkilau itu kawan baik saya yang baik sangat.

zahirah itu maksudnya berkilau.xsangka berkilau itu boleh berkawan baik dgn 'yg hampir' ini.juga xsangka sbb kilauan itu aku sanggup tidur selewat ini.T_T

dah siap.mahu tidur skrg.aku sambung esok ya.

hari ini.
okay knp ada isu kilauan disini?

sbb hari tu aku ada jumpa malek nor dan amy search di kaca tv.oh juga ada catriona ross.

jadi knp dgn mereka?

oh.ini isu mcm mana mereka yg rockstar itu boleh transform menjadi abid sahaja.

sgt bagus kan?

kata malek nor dan amy search: bukan sng nak tinggalkan lifestyle berpoya2 di club itu.mahu berhenti minum.dan sgl2nya yg menghiburkan itu.

lagi pulak bila kita seorg yg berubah. esok harinya pergi kerja, ada org pujuk pergi kelab pulak.awek cun mengorat lagi.
hari pertama mungkin lagi gagah tak tergoda.tapi kalau dah hari2.susah juga kan..

jadi kata mereka..sahabat itu penting..:)
paling kurang ada seorg pun dah cukup, untuk sama2 dgn kita..yg boleh bg kita semangat , dan sentiasa memangku kita di saat kita nak jatuh atau pun kita nak berlari..yg kenal kita sebaiknya..itu yg terbaik..

dan aku sgt setuju!!

sbb aku ada satu..seronok kan?rasa seronok punya sahabat yg begitu..
sbb yalah nak transform itu bukanlah senang..untuk kita ubah perangai yg dah biasa kita buat sampai dah sebati dgn diri tbe2 nak jadi lebih baik pulak..org kata setan tu dah jadi sebati dgn diri..T_T

jadi kwn tu sgt penting..:)
mmglah ktorang tak baik pon..tapi ktorang ade usaha nak berubah tau..haha
dan aku rasa kelakar sgt..benda yg rasa susah tu dgn 'kilauan' jadi kelakar dan nmpak lebih mudah sebenarnya..sbg contoh..

lumba2 nak semayang awal..siap gadoh2 bagai, rebut2 sejadah..masam2 muka..tapi tuhla, aku rasa berkesan jugak:D:D

pastu rasa jeles kalau hari ni dia pose tak bgtau..means tak igtkan aku pon nak pose same..hahaha
dan mcm2 lagilah..

oh aku juga tak boleh lupa sgt yg ini, 'kilauan' sembur aku dgn ridsect sbb aku tak smyg isyak lg..T_T..aku balik kelas terus terlelap..haha..bengong sguh rasanya..

mekasih sangat2 paham aku ya.sguh sglnya nampak lebih mudah dgn kamu.
mgkin Allah bg kita dgn cara yg ini.dan aku harap kita dapat istiqamah walaupun kita tak sama2 lagik.:)

dan sungguh aku mahu kawan dgn kamu smp bila2, sungguh pun waktu itu aku sudah ada anak cucu..:D

sbb kamu sgt paham aku yg lembab,degil dan sgt membosankan ini.T_T.
[haha.aku terbayang muka bosan kamu kalau aku buat sesuatu yg bodoh.:D]

terima kasih bersama dgn aku dlm tahun 2010 ini.di saat aku rasa nak berguling jatuh.kamu tahan aku.mekasih ya.lebiu.

aku doakan kamu kuat dan dirahmati Allah selalu,dipermudahkan dan dilancarkan sgl urusan hidup kamu spy kamu sentiasa ceria spt selalu..:)..chill ya!!

p/s:oh nanti aku siapkan jugak crosstitch untuk ain,munirah, ayu, dan lain2.T_T

rasa bersalah untuk bermalas-malasan.[oh siap akhirnyaT_T]

tak ada yg bagus dgn malas.
tapi tak tahu knp masih sgt malas.
jadi aku terfikir2 mcm mana nak buang rasa nak bermalas-malasan tu.

selain doa, aku cuba mind set kan yg ini.

aku harap ianya berguna dan berkesan.mana tahu nanti2 aku terlupa.

1.jika aku malas, aku juga akan dapat suami yg malas.suami itu kan cermin diri sendiri.

2.jika aku malas, akan ada byk hati yang terluka dek menunggu janji manis aku nak hadiahkan cross stitch [kenkonon nak hasilkan sesuatu dr tgn sendiri, tp dah sampai due date tak siap2 lagikT_T] dan janji nak menyaji kenkonon nya cupcake yg cantik rupawan tu.[maap sgt utk mereka yg aku taburin janji2 manis tu]

3.jika aku bermalas-malasan disini, terasa bersalah pula, buyung bersusah payah sorang2 menjaga askar2 disana.T_T

4.jika aku malas aku akan mula termenung, dan mula pikir bukan2, dan mula cari alasan salahkan hidup itu dan ini.

5.dan paling utama, jika aku malas, perut aku akan lapar, kain2 akan mula bertimbun tak berbasuh dan berlipat, lalu sally akan landing atas kain yg bertimbun itu dan aku akan stres dek kain2 yg berbulu2 kucing itu.OHH.

dan Allah pon tak suka org yg malas.mahu berubah jadi baik bukan.?

jadi cukup.jangan malas lagi zulfa.
mula buat kerja!jgn dilayan rasa rindu dan sedih yg takkan kemana tu!chaiyok2.

oh ini hasil usaha aku membasmi sifat malas!!!hoyeahh.
aku yg malas ini mengambil masa sehari untuk siapkan benda semudah iniT_T.sungguh mengecewakan.

Isnin, 27 Disember 2010

saya rasa nak anak angkat lah.

bismillah.
aku harap dgn niat yg baik dan dimulai dgn lafaz bismillah ni, ini yg terbaik untuk aku.amin:)
di akhir2 tahun 2010 ini, sementara umur aku masih 22.aku nekad ya semua.aku mahu punya anak!!:D

Oh.oh.oh.asalnya, aku sangat rindukan aqil sekarang.
aku rasa cinta ku tertinggal di sana.di rumah buyung tu.

dan hasilnya aku nekad untuk beranak angkat kan si hensem tu.

dan aku selalu tertanya2, mcm mana perasaan seorang ibu tu?
mampukah aku menjadi ibu yang baik?

sgt susah menjadi ibu.byk sgt yg perlu dikorbankan.
aku rasa insan2 terpilih saja yg layak.T_T
untuk aku,ibu yang baik itu harus (pada basic nya):

1**tidak takut pada binatang2.tidak takut pada cacing yg keluar dr punggung.tidak takut pada lipas.pada sipot yg geli itu.juga pada ulat2 sampah bila lori tidak datang pungut sampah.

2**aku rasa ibu yg baik tidak tidur mati.:D.harus senang terjaga walaupun ada bunyi yg kecil.

3**juga harus sabar, sabar bila anak calit tahi sana sini, sabar menjawab soalan yg berulang2, membuat perkara yg berulang2.ibu yg baik itu tidak boleh cepat bosan.tidak bosan nak lambung2 berkali2, walaupun tgn dah lenguh.yalah.anak2 itu bukannya tahu kita penat atau tidak.T_T

4**tidak marah2 bila anak tarik tudung kat shopping mall.tidak marah tudung  dah senget2.T_T

5**ibu yg baik sentiasa on the go.sentiasa bersiap sedia utk apa kemungkinan pon.tidak boleh terkejut2.sbb aku rasa bila ada anak tu, apa perkara yg tak terduga pun boleh jadi.dalam keadaan apa pun sentiasa menerapkan yg terbaik untuk anak2.walau mcm mana pun keadaan anak tu.

6**juga gagah .ibu-ibu tak boleh sakit.buyung itu byk mengajar aku mcm mana utk tidak merasai sakit tu.:D

dan aku?.ya.ya.aku tahu aku aku tak da ciri2 tu.
tak mengapalah.aku akan belajar sedikit2 ya.aku janji dgn diri sendiri.:)

ohh.
dan skrg.aku serius rindu.rasa mcm nak nangis.T_T
dan kerana rindu aku tu, aku nekad.jika aku stabil nanti, punya rumah, pendapatan sendiri, dan jika aku sudah punya suami sekali pon, aku nak pujuk suami aku amek aqil tinggal ngan aku.T_T

walaupun aku tidak layak.:(
bukan nya baik untuk punya aqil.
tapi aku rasa, sayang aku pada aqil,sgt2 banyak.dan itu dah cukup memadai kan?

yakah?
 ya aku jahat.itu fakta.
aku selalu babab punggung aqil kalau dia bukak pampers dia, babab tangan kalau dia tumpahkan vitagen, marah aqil kalau calit tahi sana sini.
serius aku rasa bersalah buat semua2 tu.
tapi.

aku juga ada rasa mahu nangis kalau tgk aqil sakit punggung tak boleh nak berak.
dan hati aku juga tak sampai nak tinggal kan aqil kat umah mokteh.
aku mahu aqil di depan aku.walau aku tak buat apa pun sekadar melihat cuma.

oh paham tak perasaan2 itu?
 layak kah atas perasaan2 yg aku rasa tu menjadi sebab untuk aku mengangkat aqil sbg anak?
aqil bukan biasa.aqil sangat spesel.semua ttg aqil itu spesel.dan semua ttg aqil itu aku sayang.

dan kadang2 aku rasa sgt tak adil untuk sayang aku jadi macam tu.
tak dapat menzahirkan apa yg dia nak.itu menyakitkan aku.

dan aku juga tak tahu apa lagi mahu dibuat.sguh aku tak pandai.
doa je yg aku mampu.aku rasa sgt teruk sbb tak mampu buat apa pun.
ohh.T_T
sangat rindukan aqil.
rindu bila mlm aqil pelok kuat2.
dan aqil selalu ciom kuat2 kat dahi.sgt pandai kan.T_T
rindu bila aqil mcm panda melekat dgn aku.oh.sedih sungguh.
rindu.rindu.rindu.
rindu kesemuanya.
aqil itu. sgt2 pandai ekspresikan rasa sayang beliau.dan tgk muka aqil buat aku nak nangis.oh.T_T

bilamana dia duk diam pandang aku bila aku cakap2..
sungguh aku rasa sayang, aku harap dia paham yg itu.

jadi misi aku mulai skrg, sediakan kehidupan yg baik untuk kami.[paling tidak sehingga keadaan semuanya stabil.harap buyung restui]:)
aku harap aku punya wang yang byk.amin.dan aku harap dgn izin Allah keadaan akan berubah.amin.

p/s:ini agak nya rasa punya anak ya?
hati aku yg tertinggal.

Ahad, 26 Disember 2010

transformasi kursus agama 2 tahun?

baru2 ni dapat jumpa abg ipa, abg zie sekejap je.

kata buyung, die rase laki die makin hensem.

katanya lagi,kemungkinan besar dari yang ini:




akan jadi yang ini:

tapi dlm version yg lebih islamic.:Damin.



kata aku:
logik jugak kak.biasanya org kalau dah ade nur nie, muka akan berseri2 dan bertambah puttih lagi berseri, jerawat pun tak singgah.:D:D

dan berbekalkan pengetahuan2 sains aku untuk membuatkan buyung percaya kat aku lebih sikit.[oh buyung org IT ya]. ini explaination aku:

okay org normal akan sembahyang lima kali sehari, dan akan mengambil air sembahyang lima kali sehari,

makanya kuman punca pembiakan masih berpeluang untuk hinggap di sela waktu antara yang lima itu.

dan juga di waktu lain yg mendedahkan mereka dgn kuman berbahaya itu yakni tentu sekali di waktu yg selain di tikar sejadah.


jadi jika mereka lebihkan waktu ditikar sejadah, okay contoh kalau tambah sembahyang dhuha, dan tahajud.

jadi dah 7 kali amek air sembahyang.

tahajud mlm pulak air mesti sejuk, maka bakteria mungkin mati atau berhibernasi atau mungkin juga terwash off begitu sahaja.

jadi keberangkalian nya tgi kan untuk jadi fahrin???

hahaha.buyung sudah mula kagum.

buyung:
fahrin tu pulak?rajin sembahyang ke?

oh.oh.oh.yang itu kecantikan berbayar buyung.maintenance yg itu tentu sekali tinggi.
lebih baik pilih yg mudah dan bergaya ni.:D:D:D

okay.tamat ya entry ringkas berkisarkan abg ipar aku ini.

buyung hati2 ya aku tak ada. 

Khamis, 16 Disember 2010

oh maaf yg itu bayar cash ya.

oh ini catitan aku setelah berhibur dan berlibur di depan tv bersama buyung dan anak-anak.

jangan ingat tgk 106, perasan pulak ilmu didada anda dah penuh ya.oh takut jugak aku tak dapat mengawal hati aku sendiri.nauzubillah.

sdgkan 1% pon tak sampai rasanya ilmu didada.T_T.banyak lagik perlu balajar.adoi.T_T

okay.okay.okay. ini hasil liburan aku di depan kaca tv ya.:

pertama sekali dosa-dosa besar itu ada banyak. yg disebut waktu itu adalah beberapa.

antaranya, sihir, mensyirikkan Allah,merompak, derhaka pada ibu bapa..

TAPi:
dlm byk2 itu, menderhaka pada ibu bapa itu berbeza dgn yg lain2..katanya yg ini spesel sikit..


yang ini kalau buat ALLAH bayar cash kat bumi ni ya.:)

MENDERHAKA KPD IBU BAPA


maknanya, kalau anda menderhaka, tak dapat lah keberkatan dari ibu bapa anda, maka kucar kacirlah hidup anda..misalannya, perkahwinan anda takkan bahagia, duit tak pernah cukup..WA

tibe2 aku teringat..
oh yg ini abah aku pulak kata ya:

abah kata walaupon maktok dah tua(oh xingat umur berapa, aku tahu 80 keatas), maktok pon dah lupa2 semua org..tapi ianya tanggungjawab abah untuk jaga maktok sementara maktok masih ada..

makanya, walaupon abah juga dah tua(juga kategori warga emas) punya sakit jantung, dan penyakit tiga serangkai, tapi abah masih willing nak naik bus dari kolumpo ini, ke seberang prai sana..

kata abah dulu time mude2 tak ada kesempatan nak buat semua tu..time2 pencen ni, gunelah peluang yg ada..meskipun agak terlambat..tapi tak apalah..atleast abah ada effort..
kata abah hati ibu tu sgt penting utk dijaga..ianya acuan utama kebahagiaan kita..yalah..syurga itu bawah tapak kaki siapa lg kan?

abah pon bg beberapa contoh:

abah kata abah tak tipu.betul2 ni.realiti nya mmg mcm tu.
sementara masih ada, jagalah.tak ada nanti esok2 menyesal.[mungkin ayat ini sungguh tipikal bunyinya.tp betul.sguh tak tipu tau.]

abah kata si polan ni, belajar tgi.sampai atap menara gading nun..
rumah pon besar..semua2 pon ada.
tapi.hidupnya..
sgt sunyi..rumah pon nampak sunyi..sorang2 aje..mcm ada yg tak lengkap.org akan dtg dan pergi dalam hidup beliau mcm tu shj..tak singgah lama.
knp ya?(aku tanya)

abah kata,sbb dulu beliau berjanji itu dan ini dgn parentsnya, tapi sampai dah berjaya pon tak tertunai2.
pastu:
tgk polan ini pula, barang yg beliau beli tak pernah nya elok, mesti rosak dr muda sampai ketua.bkn brg murah2.


abah bagi contoh lagi dan lagi.byk dan pelbagailah.[boleh jadi novel pulak nantiT_T]

 hm.

tapi mama kan dah takde abah?jadi mcm mana pulak?

abah kata:
tula.dulu hangpa tanak berbakti ngan mama.tgk skrg macam  mana...blablabla......[bebel2lan]

tapi takpalah..hangpa tak payah nak risau nk kalut pon..

abah tahu mama syg anak2 mama....sbb tu sekarang hangpa semua berjaya2..siang mlm doa utk hangpa..semua masuk U..T_T[walhal aku tak lepas pon lagi habis kat U ni.pandai2 aje abah]..hidup senang..taklah kaya raya..tapi masih buleh hidup kat bandar ni...:)

dan sekarang ni kalau nak berbakti utk mama ponhangpa tlg bayarkan hutang2 puasa2 mama..semayang2 mama mane yg tertinggal..bykkan bacaan quran sedekah utk mama..sedekah kat anak2 yatim utk mama..:)

insyaAllah..yg mane terdaya tgh buat lah ni abah...hehe..syg abah..maaf ya, selalu gaduh dgn abah..

dan sekian itu aje pesanan ayah aku..sikit lagi boleh bukak rancangan soal TAHIR..hahaha:)
MORALNYA:
berhati2 ya dgn dosa yg ini:)

p/s:oh.aku baru gaduh dgn abah.cis.abah tgalkan aku sorang2 kat kedai makan setelah beliau berborak2 dgn toke kedai tu.penat aku cari abah..kat parking kete pon tade.marah betol aku!!ade ke patot????ade ke patot die tgalkan anak dara dia ni????nasib baik jumpa balikT_T.siap marah aku pulak, kate aku tade ciri2 pekerja yg hemah dan berdedikasi sbb aku tak alert.T_T

Isnin, 13 Disember 2010

[oh.baru ada masa nak nembok org balik.]

oh.zz tembak aku, beliau suruh aku tembak blogger lain.T_T.ya ya.aku sporting juga tau zz.T_T.

**zz= http://www.signal2noises.blogspot.com/

duduk sume.
duduk elok2,baca pon elok2 ya.
dgn nada yg sopan lagi ceria.
bismillah.


sila jelaskan kenapa anda suka berblog?

sbb kalau bgtau pape kat belog.belog tak boleh marah kite balik!!hoyeah.bgtau buyung, nanti banyak bebel nya.bgtau zz juga begitu.sume2lah same.T_T.
oh juga boleh baca blog2 org lain yg best utk memenuhi ilmu didada.ececeh:D


apa motif anda tarik followers? anda superstar kah?

mana de tarik2.tgk follower pon dah tau.adeh.T_T.ini diary online saya ya!!diulangi diari online saya.:D:D.juga tempat utk sy appreciate syg2 saya, utk bgtahu btapa sy syg mereka.sbb saya tak pandai main kata2 manis2 belaka di bibir saya.ia gemar tertutup rapat.tambah pulak muka rock saya.org igt saya jahat.tapi saya baik tau.T_T

bak kata zz:kita manade tarik followers. kalau orang follow kita, lepastu dia suruh kita follow dia, kita tak kisah pun. kalau orang tu kita follow, ikot dialah nak follow kita ke tak. alah. kita tak kisah.-zeyrazaha2010



cerita sikit perangai anda?

si polan kata saya suke merepek.cis.saya tak rasa mcm tu pon.mungkin saya suka terlebih fikir.risau okey.masalah dunia saya yg pegang!

dan saya rasa saya rock dan gagah.sguh tak tipu.belum kenal anda jgn cakap byk ya.haha.sy betul2 rock tau.[mungkin muka ataupon sore?haha.maaf ya ditelinga saya ianya bunyi begitu, ditelinga anda taktahu pula]:D


OH lupa!saya dlm proses berubah menjadi baik.jd jgn ajak saya buat jahat ya!!lari jauh2 okeh!!


pernah terfikir nak masuk magazine aka mewarwarkan blog anda?


isk tak mahulah!!ntah apa2.nak ngaku sapa nama pon malu weh.saya suka yg belakang2 tabir je.kerja pon da besa nti, nak cari yg dibalik2 langsir je.:D



sila tembak blogger lain:


http://atiraqairawani.blogspot.com/<-----ini bff zaman suci tanpa debu dulu.hoho 
http://tatytahir.blogspot.com/<--------ini kakak saya ohhh.lebiu buyung!!
http://muslimahphotographertobe.blogspot.com/----bff saya juga:)


sekian mekasih banyak2 tak terhingga.sayang semua.
p/s:tambahan.ini tak boleh ditembak.berdosa tau.


http://notadisiku.blogspot.com
http://keretamayat.blogspot.com/
------>oh ini hiburan ilmiah yg santai.sy pcy anda mst suka.:)

Ahad, 12 Disember 2010

aku nak ngetest base ganu aku kat sini.:D.

oh.aku tgh blaja base ganu.:D
tak tau oke dok.aku se pandai doh.kire bole ngorat org ganu doh.hahaha
mekaseh la,aku menuntut ilmu ngang jirang sebelah umoh aku, MOKTEH
mokteh pong dah approve, kire aku boleh doh jadi org ganu.:D:D
mokteh ajo aku masak kepok leko siap.haha
kate mokteh
org ganu ni, kire nipu ah kalu tak pandai masak kepok leko kan.
bukan susah pong.
mokteh sgt baik..
mokteh ade anak laki empat org.sume hensem2.cis.tgoda aku.[tp sume kcik2 agieT_T]
aku masih lg dok mikir2 cadangan mokteh suh duk je kat ganu ni.
mokteh suh cr kije sini je.
pastu kawen ngan org sini.haha.
aku syp je.nak wat mende lagik.bak jodoh2 ni.tokleh nak cakap mende la kan.ade jodoh sini, adele.:)

hoyeah la.:D

eh hok kepok tu,nanti aku upngedate resepi nye.

smentara tuh jempot makang sajian ganu ni dulu ye?:)
mokteh bagi.sedao ohhh..:D:D

akok.

kepok leko, losong, satar(segitige tu), otak2(yg panjang tu), nanti aku taruk gamba kepok leko salut tepong.

ini menu si perot beso.ohhh.suke kerabu sotong tu!!!!ngan udang+sotong celup tepung tu!!:D:D
so.moral die:

WELCOME TO TERENGGANU...kemaman bandar idaman?.hahaha.sguh idaman.tak tipu~

Sabtu, 11 Disember 2010

wah.wah.wah sedap betol:D

nasi lemak si gagah perkasa.haha.

copy resepi blog org lain gok.alter sikit2 bg sedap.hoyeahh.
nasi:
2pot beras
santan stgh kotak,
daun pandan
garam
halia

sambal
tumis bwg besa hiris.
then 4 bwg merah tumbuk+2bwang putih+ikan bilis pon tumbuk
boh cili boh 3 sudu beso
air asam
gule garam seckp rasa

DAH SIAP!!


 sukenye.sukenye.sukenye.ALHAMDULILLAH.KENYANG PEROT DAH!!anyway aku prefer sambal ikan bilis yg pedas dan manis2 sikit..:D:D

Khamis, 9 Disember 2010

takutnya

aku yg gagah ini juga penat.

dan aku rasa sgt teruk untuk mengeluh.

tapi.

sguh aku rasa ini yg plg2 mampu aku tahan.

dan aku sangat takut, takut akan ada dugaan yg lebih besar dr ini menanti aku dihadapan.

aku masih tak bersedia lagi.serius.tlg jgn uji aku lebih dr ini.

sungguh aku mmg takut.

bg aku kekuatan pls.amin.

Ahad, 5 Disember 2010

pasangan hidup itu seperti masakan.

semenjak aku amek kursus preparation rumah tangga bahagia ni.

aku rasa pemikiran aku dah mcm org tua.aku dikelilingi perbualan dan masalah2 org tua.

maka keluarlah entry ini.hahaha

okay kenyataan aku disini:

aku gemar memasak.tapi aku tahu masakan aku itu tak sedap.

tapi sbb aku dah letak effort2 aku disitu iaitu :

1.men gugel dgn bersungguh2.

2 dan 3.mengeluarkan modal dan mencari bahan2 di pasar raya.

4.MEMASAK=menumis, menggoreng etc

[oh.oh.oh.untung kalau aku masak itu hari sedap, maka sedaplah jadinya.]

tapi itulah,hasilnya tak semestinya sama dgn gambar yg aku gugel ianya tidak sesedap gambar itu.T_T

mungkin aku tak pro lagi, jadi aku juga tak boleh nk predict masakan aku sedap atau tidak selagi ianya tak siap dmasak.

tp org kata masak guna hati.

tp tetap walau seikhlas mana pun aku masak, knp rasa tak sama mcm kat hotel lima bintang pun ya.

oh.TETAPI lg.

oleh sbb itu masakan aku.aku tetap akan makan dgn berselera.sbb effort aku dah disitu.walhal sebenar2nya, membazir pulak nak buang.haha.

tapi motifnya disini,
ini contoh ya.

walau aku dah tetapkan resepinya,gambaran rasanya mcm mana,
maksud aku menu itu= gambaran pasangan hidup yg mcm mana aku mahukan.
dan berusaha menyiapkan menu itu = memasak =[berdoa siang mlm etc]

contoh resepi aku disini.

menu gambaran lelaki idaman aku: aku mahu garang mcm bapak aku.rupa kacak mcm abang aku.
cara aku masak =menjeling2 mereka yg seperti di kriteria diatas, berdoa siang mlm, dgn sertakan nama si polan dlm doa aku.:D:D

tapi mungkin yg aku dapat kurang dr rasa yg aku idamkan.

lalu aku dapat:

hati batu mungkin?juling mungkin?

mungkin cara aku itu salah?oh mungkin tidak boleh menjeling rupanyaT_T.

tapi atas sbb aku dah letak usaha dan masa aku kearah itu,

aku PERLU terima dgn tgn terbuka lah kan?aku kene makan juga masakan tak sedap itu.:D, jika tawar tmbah la garam, pedas tambahla kicap.sedap lah jadinya kan???sbb ianya hasil yg dtg dari aku sendiri.:)
lalu:
disini aku haruslah mencairkan hati batunya?apa susah ?berdoalah lagi.lagi dan lagi.:)
juling?mungkin aku akan boleh lebih fokuskan kepada senyuman manisnya?

sama lah dgn pasangan anda.walaupun anda dah berkahwin dan org itu tak sama apa anda impikan, haruslah anda terima, itukan pasangan anda yg anda pilih dulu?dan Allah tahu yang terbaik untuk anda.pasangan anda masih lg boleh dibentuk mcm yg anda mahukan.usaha kenalah dgn gayanya.:D:D

konklusinya disini, jika anda pandai masak,sgt untunglah anda.serius.T_T.hahaha.

jadi macik2 terima lah suami anda dgn hati terbuka ya~~:D
oh sesungguhnya aku banyak merapu di entry ini.perumpamaan yg sgt tak sesuai!oh.nanti aku edit lg buku conteng ini+.+

Sabtu, 4 Disember 2010

oh.murah sguh rezeki aku.ALHAMDULILLAH.:)

 aku rasa nak senyum sampai belakang kepala.:D:D

awesome sguh.

hr2 yg sgt indah.

oh makanan selalunya buat aku indah.:D:D

oh terima kasih mokcik mokteh yg masak ketam, pakcik pasa mlm yg buat pari bakar yg awesome, dan juga kerang bakar yg juga awesome tu.kakngah yg bawa chocolate moist yg sedap tu.oh.oh.oh.

aku mahu abadikan detik indah aku disini.aku sgt suka kan masakan rumah[takkiralah rumah sapa pon].hoyeah.

beberapa detik terindah aku yg buat aku sentiasa tersenyum.:)
eskrim mint mesra mall(oh ini mall terbesar di kemaman:))

udang berlemak cili api:D:D.ini hasil terbaik aku mgu ini.:D

aku sgt sukakan masak lemak putih kobis takde buh taugeh je.

cokolat kek kukus pertama aku...tgk rupa pon tahu aku yg buat kan?.yeay.

tomyam campor no aji no moto 

INI IKLAN.sapa dpt teka apa ini, aku belanja nasi goreng dan pencuci mulut::satar kedai kuning.
hint:ini bukan layout, mahupun desktop background.

OH.aku paling suka ini juga!!pertama kali masuk snow wash..berdebar2 sguh.terima kasih buyung bawakan aku masuk:D
rasa tak cukup tangan nak tadah tangan nk ckp betapa bersyukurnya aku utk nikmat2 ni.alhamdulillah.

ekceli hidup tu taklah sesukar yg aku sangkakan.

lebih mudah sebenarnya untuk gembira.

think easy and dont complicate.:)

mekasih dan alhamdulillah.

Jumaat, 3 Disember 2010

ya aku suke baca blog

tapi aku lebih prefer baca blog2 yg ini:

*8ayat2 nya ringkas. dan tidak meleret

**tulisannya jelas, terang, dan penggunaan warna2 yg sejuk.

**isinya santai dan *berilmiah(*sgl yg baru bg aku itu ilmu ya)
 
**dan  blog yg dimana,apa shj posisi aku boleh baca.ha ha ha

**oh aku juga suka blognya kemas dan ringkas.tidak menyemakkan kpl aku.sbb 80% drp masa aku mbaca blog ialah ketika waktu aku bersantai.

jadi ada beberapa blog org yg aku sayang, aku tak boleh nak baca selalu..T_T

maaf sgt ya..aku tahu ianya ilmiah..tapi blog kamu itu aku hny boleh baca waktu yg betul2 free dimana aku boleh fokus dan paham msg nya..:)

tapi apa pun hakikatnya isi itu yang lebih pentingkan, maka aku juga tgh belajar utk lebih menjiwai isi dr tulisan2 yg cantik itu.:D

mungkin otak aku banyak diasakkan dgn msj yg direct,kali ini
biar otak aku ligat sikit bekerja di hari2 cuti ini dgn mbaca entry2 yg panjang lg berilmiah.chaiyok2.

oh.hilangkan sikap malas aku pls.amin.

aku sgt berbesar hati jika teguran membina ini, mendapat perhatian anda.:D:D

mekasih.sayang anda:)

Khamis, 2 Disember 2010

tak perlu facebuklah.

apa tujuan nya facebuk tu?

*keep in touch dgn kwn2.

*cuci2 mata.

*tambah kenalan baru mungkin?

*bisnes

*kongsi ilmu?

 okay.okay.okay
TAPI
ini pendapat aku ya.

jika anda sudah berkahwin takperlulah ada facebuk lg. :)

utk apa lg mahu kumpul2 kwn?haha.keep in touch tru benda lain pon boleh kan?:D

kerana aku rasa facebuk itu mengundang lebih byk masalah dr kebaikan.

yelah sbb hati itu kan sifatnya berbolak balik.

jadi lebih baik hindari sebelum ianya berubah menjadi lain.:)

p/s:oh ya ahli politik, dan org2 besar juga tidak perlu aku rasa.ianya hanya merugikan anda.:)

Rabu, 1 Disember 2010

siapa mahu kawan dgn org jahat.T_T

org tua-tua selalu ckp, pilih kawan yg baik2...kawan tu cermin diri kita...alaa..bukan org tua je ckp, cikgu cikgi, abang, kakak, even kawan aku sendiri pun selalu ckp benda yg sama..

tapi kan..

kalau kita semua pilih kawan yg baik..siapa mahu kawan dgn org jahat?

nanti org jahat tu, akan selama-lamanya lah jahat..sbb semua org yg baik tanak kawan dgn die, takda sape nk tlg bgtau die yg die jahat..mcm mana die nak tau??


dan aku selalu pikirkan perkara ni..knp kena memilih..knp ya?
kalau jaga diri kita dgn baik, masih harus memilihkah?

ya, ya aku mmg slow orgnya..aku jenisnya lambat loading..mkn masa yg lama utk aku figure out ape reasonnya..

dah tua2 begini baru aku dpt pikirkan apa reasonnya..

reason kpd knp sesetengah org memilih siapa yg berhak didampingi dan siapa tidak..wajarkah??

dulu aku pikir org begini sgt kejam..bg aku tade sape pun minta utk jadi jahat..sguh tak ada..
seorg pon takde yg jahat sbenarnya..org hny akan jadi jahat bila psikologinya terganggu..maksud aku, dr segi historynye, mst ada sesuatu yg tak kena..kurang kasih syg mungkin??T_T

dan aku pun pernah cube meletakkan diri aku dlm position mereka utk belaja mcm mana mereka berpikir..

dan menariknya..aku rasa kite mmg boleh mjadi kedua2nya..cume, bila kite biarkan persekitaran yg mbuat pilihan,then kita akan cenderung kepada persekitaran tu tentukan diri kita sendiri sama ada baik atau pun buruk.. 

maka nya disini, oleh sbb, utk dipermudahkan cerita..byk org memilih utk berkwn dgn org yg baik..

mmg sgt baik berkwn dgn org baik..sglnya akan berkesudahan baik..haha

dah tentulah semua org pon impikan kesudahan hidup yg baik..

jadi bila mana anda berkwn dgn org yg baik dan bertakwa:
ini dua faktor yg plg penting aku rasa..

1. insyaAllah anda juga akan berkelakuan baik..sbb ianya dah jadi sebhgn dari gaya hidup anda..jadi, bila tgk org  perangai tak baik, anda akan pelik dan takkan ikut..

 2. org yg baik akan lebih rasional, lembut hati dan bersifat pemaaf.
secara long term nya, akhirat kelak sudah kurang satu dosa kan antara manusia?compared to kalau kawan dgn org yg pemarah?sensitif?tegur tu tak boleh ini tak boleh?esok lusa dia mati tak tentu lagi dia dah maafkan anda.sudah tambah dosa..haha..

ohh.kan kelihatan mudah hidup tu dgn kwn2 begini?:D:D

tapi maaf ya.aku fikir agak 'sellfish' lah begitu?kesudahan yg baik untuk diri sendiri, tapi tak membuka peluang yg lain untuk bkesudahan baik seperti anda?haihh.

ya.ya.ya.mmg tgi risikonya bile kte berdamping mrk2 yg jahat tu..tapi..aku fikir lebih bermaknanya hidup kalau hidup tu cukup rasanya,ada asam, garam dan pahit semuanya, kan lebih baik?..

aku rasa tak jadi masalah pon nk kawan dgn org jahat..janji anda tahu tahap diri anda dgn cukup baik kan?anda pasti tahu limit anda dimana..jadi bataskan pergaulan anda mengikut kemampuan anda..

dan aku teringat pesan sorg sahabat ni, bila mana kita menjaga diri kita dgn baik means,jaga hubungan kita dgn Allah baik.., otomakli dgn izin Allah org takkan berniat jahat dgn kita.. dan apa pun yg jadi itu kehendak Allah..dan igt jelah, (ATM)Allah tu tempat meminta..[haha.maaf ya aku kipas susah mati ketemayat ngan n.siku]..

kalau anda rasa org tu jahat sgt, doalah agar dia berubah..sbb bg aku kuasa doa tu sgt besar..[oh aku msh tertny2 benarkah doa plg mustajab ialah doa dua org perempuan yg plg kite syg?esp ibu dan isteri]..selebihnya Allah kan ada?asalkan niat anda snts baik:D

MORALNYA:

maka pls jgnlah memilih bulu bila berkwn ya..insya Allah aku akan cuba jadi bulu yg baik..

dan bila aku hulurkan salam, jgnlh kamu tanak bersalam dgn aku lg kerana aku ini berseluar jeans dan bertudung tiga segi..T_T    

jadi marilah beramai2 beramal dgn lebih baik.:D:D