Isnin, 27 Disember 2010

saya rasa nak anak angkat lah.

bismillah.
aku harap dgn niat yg baik dan dimulai dgn lafaz bismillah ni, ini yg terbaik untuk aku.amin:)
di akhir2 tahun 2010 ini, sementara umur aku masih 22.aku nekad ya semua.aku mahu punya anak!!:D

Oh.oh.oh.asalnya, aku sangat rindukan aqil sekarang.
aku rasa cinta ku tertinggal di sana.di rumah buyung tu.

dan hasilnya aku nekad untuk beranak angkat kan si hensem tu.

dan aku selalu tertanya2, mcm mana perasaan seorang ibu tu?
mampukah aku menjadi ibu yang baik?

sgt susah menjadi ibu.byk sgt yg perlu dikorbankan.
aku rasa insan2 terpilih saja yg layak.T_T
untuk aku,ibu yang baik itu harus (pada basic nya):

1**tidak takut pada binatang2.tidak takut pada cacing yg keluar dr punggung.tidak takut pada lipas.pada sipot yg geli itu.juga pada ulat2 sampah bila lori tidak datang pungut sampah.

2**aku rasa ibu yg baik tidak tidur mati.:D.harus senang terjaga walaupun ada bunyi yg kecil.

3**juga harus sabar, sabar bila anak calit tahi sana sini, sabar menjawab soalan yg berulang2, membuat perkara yg berulang2.ibu yg baik itu tidak boleh cepat bosan.tidak bosan nak lambung2 berkali2, walaupun tgn dah lenguh.yalah.anak2 itu bukannya tahu kita penat atau tidak.T_T

4**tidak marah2 bila anak tarik tudung kat shopping mall.tidak marah tudung  dah senget2.T_T

5**ibu yg baik sentiasa on the go.sentiasa bersiap sedia utk apa kemungkinan pon.tidak boleh terkejut2.sbb aku rasa bila ada anak tu, apa perkara yg tak terduga pun boleh jadi.dalam keadaan apa pun sentiasa menerapkan yg terbaik untuk anak2.walau mcm mana pun keadaan anak tu.

6**juga gagah .ibu-ibu tak boleh sakit.buyung itu byk mengajar aku mcm mana utk tidak merasai sakit tu.:D

dan aku?.ya.ya.aku tahu aku aku tak da ciri2 tu.
tak mengapalah.aku akan belajar sedikit2 ya.aku janji dgn diri sendiri.:)

ohh.
dan skrg.aku serius rindu.rasa mcm nak nangis.T_T
dan kerana rindu aku tu, aku nekad.jika aku stabil nanti, punya rumah, pendapatan sendiri, dan jika aku sudah punya suami sekali pon, aku nak pujuk suami aku amek aqil tinggal ngan aku.T_T

walaupun aku tidak layak.:(
bukan nya baik untuk punya aqil.
tapi aku rasa, sayang aku pada aqil,sgt2 banyak.dan itu dah cukup memadai kan?

yakah?
 ya aku jahat.itu fakta.
aku selalu babab punggung aqil kalau dia bukak pampers dia, babab tangan kalau dia tumpahkan vitagen, marah aqil kalau calit tahi sana sini.
serius aku rasa bersalah buat semua2 tu.
tapi.

aku juga ada rasa mahu nangis kalau tgk aqil sakit punggung tak boleh nak berak.
dan hati aku juga tak sampai nak tinggal kan aqil kat umah mokteh.
aku mahu aqil di depan aku.walau aku tak buat apa pun sekadar melihat cuma.

oh paham tak perasaan2 itu?
 layak kah atas perasaan2 yg aku rasa tu menjadi sebab untuk aku mengangkat aqil sbg anak?
aqil bukan biasa.aqil sangat spesel.semua ttg aqil itu spesel.dan semua ttg aqil itu aku sayang.

dan kadang2 aku rasa sgt tak adil untuk sayang aku jadi macam tu.
tak dapat menzahirkan apa yg dia nak.itu menyakitkan aku.

dan aku juga tak tahu apa lagi mahu dibuat.sguh aku tak pandai.
doa je yg aku mampu.aku rasa sgt teruk sbb tak mampu buat apa pun.
ohh.T_T
sangat rindukan aqil.
rindu bila mlm aqil pelok kuat2.
dan aqil selalu ciom kuat2 kat dahi.sgt pandai kan.T_T
rindu bila aqil mcm panda melekat dgn aku.oh.sedih sungguh.
rindu.rindu.rindu.
rindu kesemuanya.
aqil itu. sgt2 pandai ekspresikan rasa sayang beliau.dan tgk muka aqil buat aku nak nangis.oh.T_T

bilamana dia duk diam pandang aku bila aku cakap2..
sungguh aku rasa sayang, aku harap dia paham yg itu.

jadi misi aku mulai skrg, sediakan kehidupan yg baik untuk kami.[paling tidak sehingga keadaan semuanya stabil.harap buyung restui]:)
aku harap aku punya wang yang byk.amin.dan aku harap dgn izin Allah keadaan akan berubah.amin.

p/s:ini agak nya rasa punya anak ya?
hati aku yg tertinggal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan