Selasa, 28 Disember 2010

berkilau itu kawan baik saya yang baik sangat.

zahirah itu maksudnya berkilau.xsangka berkilau itu boleh berkawan baik dgn 'yg hampir' ini.juga xsangka sbb kilauan itu aku sanggup tidur selewat ini.T_T

dah siap.mahu tidur skrg.aku sambung esok ya.

hari ini.
okay knp ada isu kilauan disini?

sbb hari tu aku ada jumpa malek nor dan amy search di kaca tv.oh juga ada catriona ross.

jadi knp dgn mereka?

oh.ini isu mcm mana mereka yg rockstar itu boleh transform menjadi abid sahaja.

sgt bagus kan?

kata malek nor dan amy search: bukan sng nak tinggalkan lifestyle berpoya2 di club itu.mahu berhenti minum.dan sgl2nya yg menghiburkan itu.

lagi pulak bila kita seorg yg berubah. esok harinya pergi kerja, ada org pujuk pergi kelab pulak.awek cun mengorat lagi.
hari pertama mungkin lagi gagah tak tergoda.tapi kalau dah hari2.susah juga kan..

jadi kata mereka..sahabat itu penting..:)
paling kurang ada seorg pun dah cukup, untuk sama2 dgn kita..yg boleh bg kita semangat , dan sentiasa memangku kita di saat kita nak jatuh atau pun kita nak berlari..yg kenal kita sebaiknya..itu yg terbaik..

dan aku sgt setuju!!

sbb aku ada satu..seronok kan?rasa seronok punya sahabat yg begitu..
sbb yalah nak transform itu bukanlah senang..untuk kita ubah perangai yg dah biasa kita buat sampai dah sebati dgn diri tbe2 nak jadi lebih baik pulak..org kata setan tu dah jadi sebati dgn diri..T_T

jadi kwn tu sgt penting..:)
mmglah ktorang tak baik pon..tapi ktorang ade usaha nak berubah tau..haha
dan aku rasa kelakar sgt..benda yg rasa susah tu dgn 'kilauan' jadi kelakar dan nmpak lebih mudah sebenarnya..sbg contoh..

lumba2 nak semayang awal..siap gadoh2 bagai, rebut2 sejadah..masam2 muka..tapi tuhla, aku rasa berkesan jugak:D:D

pastu rasa jeles kalau hari ni dia pose tak bgtau..means tak igtkan aku pon nak pose same..hahaha
dan mcm2 lagilah..

oh aku juga tak boleh lupa sgt yg ini, 'kilauan' sembur aku dgn ridsect sbb aku tak smyg isyak lg..T_T..aku balik kelas terus terlelap..haha..bengong sguh rasanya..

mekasih sangat2 paham aku ya.sguh sglnya nampak lebih mudah dgn kamu.
mgkin Allah bg kita dgn cara yg ini.dan aku harap kita dapat istiqamah walaupun kita tak sama2 lagik.:)

dan sungguh aku mahu kawan dgn kamu smp bila2, sungguh pun waktu itu aku sudah ada anak cucu..:D

sbb kamu sgt paham aku yg lembab,degil dan sgt membosankan ini.T_T.
[haha.aku terbayang muka bosan kamu kalau aku buat sesuatu yg bodoh.:D]

terima kasih bersama dgn aku dlm tahun 2010 ini.di saat aku rasa nak berguling jatuh.kamu tahan aku.mekasih ya.lebiu.

aku doakan kamu kuat dan dirahmati Allah selalu,dipermudahkan dan dilancarkan sgl urusan hidup kamu spy kamu sentiasa ceria spt selalu..:)..chill ya!!

p/s:oh nanti aku siapkan jugak crosstitch untuk ain,munirah, ayu, dan lain2.T_T

rasa bersalah untuk bermalas-malasan.[oh siap akhirnyaT_T]

tak ada yg bagus dgn malas.
tapi tak tahu knp masih sgt malas.
jadi aku terfikir2 mcm mana nak buang rasa nak bermalas-malasan tu.

selain doa, aku cuba mind set kan yg ini.

aku harap ianya berguna dan berkesan.mana tahu nanti2 aku terlupa.

1.jika aku malas, aku juga akan dapat suami yg malas.suami itu kan cermin diri sendiri.

2.jika aku malas, akan ada byk hati yang terluka dek menunggu janji manis aku nak hadiahkan cross stitch [kenkonon nak hasilkan sesuatu dr tgn sendiri, tp dah sampai due date tak siap2 lagikT_T] dan janji nak menyaji kenkonon nya cupcake yg cantik rupawan tu.[maap sgt utk mereka yg aku taburin janji2 manis tu]

3.jika aku bermalas-malasan disini, terasa bersalah pula, buyung bersusah payah sorang2 menjaga askar2 disana.T_T

4.jika aku malas aku akan mula termenung, dan mula pikir bukan2, dan mula cari alasan salahkan hidup itu dan ini.

5.dan paling utama, jika aku malas, perut aku akan lapar, kain2 akan mula bertimbun tak berbasuh dan berlipat, lalu sally akan landing atas kain yg bertimbun itu dan aku akan stres dek kain2 yg berbulu2 kucing itu.OHH.

dan Allah pon tak suka org yg malas.mahu berubah jadi baik bukan.?

jadi cukup.jangan malas lagi zulfa.
mula buat kerja!jgn dilayan rasa rindu dan sedih yg takkan kemana tu!chaiyok2.

oh ini hasil usaha aku membasmi sifat malas!!!hoyeahh.
aku yg malas ini mengambil masa sehari untuk siapkan benda semudah iniT_T.sungguh mengecewakan.

Isnin, 27 Disember 2010

saya rasa nak anak angkat lah.

bismillah.
aku harap dgn niat yg baik dan dimulai dgn lafaz bismillah ni, ini yg terbaik untuk aku.amin:)
di akhir2 tahun 2010 ini, sementara umur aku masih 22.aku nekad ya semua.aku mahu punya anak!!:D

Oh.oh.oh.asalnya, aku sangat rindukan aqil sekarang.
aku rasa cinta ku tertinggal di sana.di rumah buyung tu.

dan hasilnya aku nekad untuk beranak angkat kan si hensem tu.

dan aku selalu tertanya2, mcm mana perasaan seorang ibu tu?
mampukah aku menjadi ibu yang baik?

sgt susah menjadi ibu.byk sgt yg perlu dikorbankan.
aku rasa insan2 terpilih saja yg layak.T_T
untuk aku,ibu yang baik itu harus (pada basic nya):

1**tidak takut pada binatang2.tidak takut pada cacing yg keluar dr punggung.tidak takut pada lipas.pada sipot yg geli itu.juga pada ulat2 sampah bila lori tidak datang pungut sampah.

2**aku rasa ibu yg baik tidak tidur mati.:D.harus senang terjaga walaupun ada bunyi yg kecil.

3**juga harus sabar, sabar bila anak calit tahi sana sini, sabar menjawab soalan yg berulang2, membuat perkara yg berulang2.ibu yg baik itu tidak boleh cepat bosan.tidak bosan nak lambung2 berkali2, walaupun tgn dah lenguh.yalah.anak2 itu bukannya tahu kita penat atau tidak.T_T

4**tidak marah2 bila anak tarik tudung kat shopping mall.tidak marah tudung  dah senget2.T_T

5**ibu yg baik sentiasa on the go.sentiasa bersiap sedia utk apa kemungkinan pon.tidak boleh terkejut2.sbb aku rasa bila ada anak tu, apa perkara yg tak terduga pun boleh jadi.dalam keadaan apa pun sentiasa menerapkan yg terbaik untuk anak2.walau mcm mana pun keadaan anak tu.

6**juga gagah .ibu-ibu tak boleh sakit.buyung itu byk mengajar aku mcm mana utk tidak merasai sakit tu.:D

dan aku?.ya.ya.aku tahu aku aku tak da ciri2 tu.
tak mengapalah.aku akan belajar sedikit2 ya.aku janji dgn diri sendiri.:)

ohh.
dan skrg.aku serius rindu.rasa mcm nak nangis.T_T
dan kerana rindu aku tu, aku nekad.jika aku stabil nanti, punya rumah, pendapatan sendiri, dan jika aku sudah punya suami sekali pon, aku nak pujuk suami aku amek aqil tinggal ngan aku.T_T

walaupun aku tidak layak.:(
bukan nya baik untuk punya aqil.
tapi aku rasa, sayang aku pada aqil,sgt2 banyak.dan itu dah cukup memadai kan?

yakah?
 ya aku jahat.itu fakta.
aku selalu babab punggung aqil kalau dia bukak pampers dia, babab tangan kalau dia tumpahkan vitagen, marah aqil kalau calit tahi sana sini.
serius aku rasa bersalah buat semua2 tu.
tapi.

aku juga ada rasa mahu nangis kalau tgk aqil sakit punggung tak boleh nak berak.
dan hati aku juga tak sampai nak tinggal kan aqil kat umah mokteh.
aku mahu aqil di depan aku.walau aku tak buat apa pun sekadar melihat cuma.

oh paham tak perasaan2 itu?
 layak kah atas perasaan2 yg aku rasa tu menjadi sebab untuk aku mengangkat aqil sbg anak?
aqil bukan biasa.aqil sangat spesel.semua ttg aqil itu spesel.dan semua ttg aqil itu aku sayang.

dan kadang2 aku rasa sgt tak adil untuk sayang aku jadi macam tu.
tak dapat menzahirkan apa yg dia nak.itu menyakitkan aku.

dan aku juga tak tahu apa lagi mahu dibuat.sguh aku tak pandai.
doa je yg aku mampu.aku rasa sgt teruk sbb tak mampu buat apa pun.
ohh.T_T
sangat rindukan aqil.
rindu bila mlm aqil pelok kuat2.
dan aqil selalu ciom kuat2 kat dahi.sgt pandai kan.T_T
rindu bila aqil mcm panda melekat dgn aku.oh.sedih sungguh.
rindu.rindu.rindu.
rindu kesemuanya.
aqil itu. sgt2 pandai ekspresikan rasa sayang beliau.dan tgk muka aqil buat aku nak nangis.oh.T_T

bilamana dia duk diam pandang aku bila aku cakap2..
sungguh aku rasa sayang, aku harap dia paham yg itu.

jadi misi aku mulai skrg, sediakan kehidupan yg baik untuk kami.[paling tidak sehingga keadaan semuanya stabil.harap buyung restui]:)
aku harap aku punya wang yang byk.amin.dan aku harap dgn izin Allah keadaan akan berubah.amin.

p/s:ini agak nya rasa punya anak ya?
hati aku yg tertinggal.

Ahad, 26 Disember 2010

transformasi kursus agama 2 tahun?

baru2 ni dapat jumpa abg ipa, abg zie sekejap je.

kata buyung, die rase laki die makin hensem.

katanya lagi,kemungkinan besar dari yang ini:




akan jadi yang ini:

tapi dlm version yg lebih islamic.:Damin.



kata aku:
logik jugak kak.biasanya org kalau dah ade nur nie, muka akan berseri2 dan bertambah puttih lagi berseri, jerawat pun tak singgah.:D:D

dan berbekalkan pengetahuan2 sains aku untuk membuatkan buyung percaya kat aku lebih sikit.[oh buyung org IT ya]. ini explaination aku:

okay org normal akan sembahyang lima kali sehari, dan akan mengambil air sembahyang lima kali sehari,

makanya kuman punca pembiakan masih berpeluang untuk hinggap di sela waktu antara yang lima itu.

dan juga di waktu lain yg mendedahkan mereka dgn kuman berbahaya itu yakni tentu sekali di waktu yg selain di tikar sejadah.


jadi jika mereka lebihkan waktu ditikar sejadah, okay contoh kalau tambah sembahyang dhuha, dan tahajud.

jadi dah 7 kali amek air sembahyang.

tahajud mlm pulak air mesti sejuk, maka bakteria mungkin mati atau berhibernasi atau mungkin juga terwash off begitu sahaja.

jadi keberangkalian nya tgi kan untuk jadi fahrin???

hahaha.buyung sudah mula kagum.

buyung:
fahrin tu pulak?rajin sembahyang ke?

oh.oh.oh.yang itu kecantikan berbayar buyung.maintenance yg itu tentu sekali tinggi.
lebih baik pilih yg mudah dan bergaya ni.:D:D:D

okay.tamat ya entry ringkas berkisarkan abg ipar aku ini.

buyung hati2 ya aku tak ada. 

Khamis, 16 Disember 2010

oh maaf yg itu bayar cash ya.

oh ini catitan aku setelah berhibur dan berlibur di depan tv bersama buyung dan anak-anak.

jangan ingat tgk 106, perasan pulak ilmu didada anda dah penuh ya.oh takut jugak aku tak dapat mengawal hati aku sendiri.nauzubillah.

sdgkan 1% pon tak sampai rasanya ilmu didada.T_T.banyak lagik perlu balajar.adoi.T_T

okay.okay.okay. ini hasil liburan aku di depan kaca tv ya.:

pertama sekali dosa-dosa besar itu ada banyak. yg disebut waktu itu adalah beberapa.

antaranya, sihir, mensyirikkan Allah,merompak, derhaka pada ibu bapa..

TAPi:
dlm byk2 itu, menderhaka pada ibu bapa itu berbeza dgn yg lain2..katanya yg ini spesel sikit..


yang ini kalau buat ALLAH bayar cash kat bumi ni ya.:)

MENDERHAKA KPD IBU BAPA


maknanya, kalau anda menderhaka, tak dapat lah keberkatan dari ibu bapa anda, maka kucar kacirlah hidup anda..misalannya, perkahwinan anda takkan bahagia, duit tak pernah cukup..WA

tibe2 aku teringat..
oh yg ini abah aku pulak kata ya:

abah kata walaupon maktok dah tua(oh xingat umur berapa, aku tahu 80 keatas), maktok pon dah lupa2 semua org..tapi ianya tanggungjawab abah untuk jaga maktok sementara maktok masih ada..

makanya, walaupon abah juga dah tua(juga kategori warga emas) punya sakit jantung, dan penyakit tiga serangkai, tapi abah masih willing nak naik bus dari kolumpo ini, ke seberang prai sana..

kata abah dulu time mude2 tak ada kesempatan nak buat semua tu..time2 pencen ni, gunelah peluang yg ada..meskipun agak terlambat..tapi tak apalah..atleast abah ada effort..
kata abah hati ibu tu sgt penting utk dijaga..ianya acuan utama kebahagiaan kita..yalah..syurga itu bawah tapak kaki siapa lg kan?

abah pon bg beberapa contoh:

abah kata abah tak tipu.betul2 ni.realiti nya mmg mcm tu.
sementara masih ada, jagalah.tak ada nanti esok2 menyesal.[mungkin ayat ini sungguh tipikal bunyinya.tp betul.sguh tak tipu tau.]

abah kata si polan ni, belajar tgi.sampai atap menara gading nun..
rumah pon besar..semua2 pon ada.
tapi.hidupnya..
sgt sunyi..rumah pon nampak sunyi..sorang2 aje..mcm ada yg tak lengkap.org akan dtg dan pergi dalam hidup beliau mcm tu shj..tak singgah lama.
knp ya?(aku tanya)

abah kata,sbb dulu beliau berjanji itu dan ini dgn parentsnya, tapi sampai dah berjaya pon tak tertunai2.
pastu:
tgk polan ini pula, barang yg beliau beli tak pernah nya elok, mesti rosak dr muda sampai ketua.bkn brg murah2.


abah bagi contoh lagi dan lagi.byk dan pelbagailah.[boleh jadi novel pulak nantiT_T]

 hm.

tapi mama kan dah takde abah?jadi mcm mana pulak?

abah kata:
tula.dulu hangpa tanak berbakti ngan mama.tgk skrg macam  mana...blablabla......[bebel2lan]

tapi takpalah..hangpa tak payah nak risau nk kalut pon..

abah tahu mama syg anak2 mama....sbb tu sekarang hangpa semua berjaya2..siang mlm doa utk hangpa..semua masuk U..T_T[walhal aku tak lepas pon lagi habis kat U ni.pandai2 aje abah]..hidup senang..taklah kaya raya..tapi masih buleh hidup kat bandar ni...:)

dan sekarang ni kalau nak berbakti utk mama ponhangpa tlg bayarkan hutang2 puasa2 mama..semayang2 mama mane yg tertinggal..bykkan bacaan quran sedekah utk mama..sedekah kat anak2 yatim utk mama..:)

insyaAllah..yg mane terdaya tgh buat lah ni abah...hehe..syg abah..maaf ya, selalu gaduh dgn abah..

dan sekian itu aje pesanan ayah aku..sikit lagi boleh bukak rancangan soal TAHIR..hahaha:)
MORALNYA:
berhati2 ya dgn dosa yg ini:)

p/s:oh.aku baru gaduh dgn abah.cis.abah tgalkan aku sorang2 kat kedai makan setelah beliau berborak2 dgn toke kedai tu.penat aku cari abah..kat parking kete pon tade.marah betol aku!!ade ke patot????ade ke patot die tgalkan anak dara dia ni????nasib baik jumpa balikT_T.siap marah aku pulak, kate aku tade ciri2 pekerja yg hemah dan berdedikasi sbb aku tak alert.T_T

Isnin, 13 Disember 2010

[oh.baru ada masa nak nembok org balik.]

oh.zz tembak aku, beliau suruh aku tembak blogger lain.T_T.ya ya.aku sporting juga tau zz.T_T.

**zz= http://www.signal2noises.blogspot.com/

duduk sume.
duduk elok2,baca pon elok2 ya.
dgn nada yg sopan lagi ceria.
bismillah.


sila jelaskan kenapa anda suka berblog?

sbb kalau bgtau pape kat belog.belog tak boleh marah kite balik!!hoyeah.bgtau buyung, nanti banyak bebel nya.bgtau zz juga begitu.sume2lah same.T_T.
oh juga boleh baca blog2 org lain yg best utk memenuhi ilmu didada.ececeh:D


apa motif anda tarik followers? anda superstar kah?

mana de tarik2.tgk follower pon dah tau.adeh.T_T.ini diary online saya ya!!diulangi diari online saya.:D:D.juga tempat utk sy appreciate syg2 saya, utk bgtahu btapa sy syg mereka.sbb saya tak pandai main kata2 manis2 belaka di bibir saya.ia gemar tertutup rapat.tambah pulak muka rock saya.org igt saya jahat.tapi saya baik tau.T_T

bak kata zz:kita manade tarik followers. kalau orang follow kita, lepastu dia suruh kita follow dia, kita tak kisah pun. kalau orang tu kita follow, ikot dialah nak follow kita ke tak. alah. kita tak kisah.-zeyrazaha2010



cerita sikit perangai anda?

si polan kata saya suke merepek.cis.saya tak rasa mcm tu pon.mungkin saya suka terlebih fikir.risau okey.masalah dunia saya yg pegang!

dan saya rasa saya rock dan gagah.sguh tak tipu.belum kenal anda jgn cakap byk ya.haha.sy betul2 rock tau.[mungkin muka ataupon sore?haha.maaf ya ditelinga saya ianya bunyi begitu, ditelinga anda taktahu pula]:D


OH lupa!saya dlm proses berubah menjadi baik.jd jgn ajak saya buat jahat ya!!lari jauh2 okeh!!


pernah terfikir nak masuk magazine aka mewarwarkan blog anda?


isk tak mahulah!!ntah apa2.nak ngaku sapa nama pon malu weh.saya suka yg belakang2 tabir je.kerja pon da besa nti, nak cari yg dibalik2 langsir je.:D



sila tembak blogger lain:


http://atiraqairawani.blogspot.com/<-----ini bff zaman suci tanpa debu dulu.hoho 
http://tatytahir.blogspot.com/<--------ini kakak saya ohhh.lebiu buyung!!
http://muslimahphotographertobe.blogspot.com/----bff saya juga:)


sekian mekasih banyak2 tak terhingga.sayang semua.
p/s:tambahan.ini tak boleh ditembak.berdosa tau.


http://notadisiku.blogspot.com
http://keretamayat.blogspot.com/
------>oh ini hiburan ilmiah yg santai.sy pcy anda mst suka.:)

Ahad, 12 Disember 2010

aku nak ngetest base ganu aku kat sini.:D.

oh.aku tgh blaja base ganu.:D
tak tau oke dok.aku se pandai doh.kire bole ngorat org ganu doh.hahaha
mekaseh la,aku menuntut ilmu ngang jirang sebelah umoh aku, MOKTEH
mokteh pong dah approve, kire aku boleh doh jadi org ganu.:D:D
mokteh ajo aku masak kepok leko siap.haha
kate mokteh
org ganu ni, kire nipu ah kalu tak pandai masak kepok leko kan.
bukan susah pong.
mokteh sgt baik..
mokteh ade anak laki empat org.sume hensem2.cis.tgoda aku.[tp sume kcik2 agieT_T]
aku masih lg dok mikir2 cadangan mokteh suh duk je kat ganu ni.
mokteh suh cr kije sini je.
pastu kawen ngan org sini.haha.
aku syp je.nak wat mende lagik.bak jodoh2 ni.tokleh nak cakap mende la kan.ade jodoh sini, adele.:)

hoyeah la.:D

eh hok kepok tu,nanti aku upngedate resepi nye.

smentara tuh jempot makang sajian ganu ni dulu ye?:)
mokteh bagi.sedao ohhh..:D:D

akok.

kepok leko, losong, satar(segitige tu), otak2(yg panjang tu), nanti aku taruk gamba kepok leko salut tepong.

ini menu si perot beso.ohhh.suke kerabu sotong tu!!!!ngan udang+sotong celup tepung tu!!:D:D
so.moral die:

WELCOME TO TERENGGANU...kemaman bandar idaman?.hahaha.sguh idaman.tak tipu~

Sabtu, 11 Disember 2010

wah.wah.wah sedap betol:D

nasi lemak si gagah perkasa.haha.

copy resepi blog org lain gok.alter sikit2 bg sedap.hoyeahh.
nasi:
2pot beras
santan stgh kotak,
daun pandan
garam
halia

sambal
tumis bwg besa hiris.
then 4 bwg merah tumbuk+2bwang putih+ikan bilis pon tumbuk
boh cili boh 3 sudu beso
air asam
gule garam seckp rasa

DAH SIAP!!


 sukenye.sukenye.sukenye.ALHAMDULILLAH.KENYANG PEROT DAH!!anyway aku prefer sambal ikan bilis yg pedas dan manis2 sikit..:D:D

Khamis, 9 Disember 2010

takutnya

aku yg gagah ini juga penat.

dan aku rasa sgt teruk untuk mengeluh.

tapi.

sguh aku rasa ini yg plg2 mampu aku tahan.

dan aku sangat takut, takut akan ada dugaan yg lebih besar dr ini menanti aku dihadapan.

aku masih tak bersedia lagi.serius.tlg jgn uji aku lebih dr ini.

sungguh aku mmg takut.

bg aku kekuatan pls.amin.

Ahad, 5 Disember 2010

pasangan hidup itu seperti masakan.

semenjak aku amek kursus preparation rumah tangga bahagia ni.

aku rasa pemikiran aku dah mcm org tua.aku dikelilingi perbualan dan masalah2 org tua.

maka keluarlah entry ini.hahaha

okay kenyataan aku disini:

aku gemar memasak.tapi aku tahu masakan aku itu tak sedap.

tapi sbb aku dah letak effort2 aku disitu iaitu :

1.men gugel dgn bersungguh2.

2 dan 3.mengeluarkan modal dan mencari bahan2 di pasar raya.

4.MEMASAK=menumis, menggoreng etc

[oh.oh.oh.untung kalau aku masak itu hari sedap, maka sedaplah jadinya.]

tapi itulah,hasilnya tak semestinya sama dgn gambar yg aku gugel ianya tidak sesedap gambar itu.T_T

mungkin aku tak pro lagi, jadi aku juga tak boleh nk predict masakan aku sedap atau tidak selagi ianya tak siap dmasak.

tp org kata masak guna hati.

tp tetap walau seikhlas mana pun aku masak, knp rasa tak sama mcm kat hotel lima bintang pun ya.

oh.TETAPI lg.

oleh sbb itu masakan aku.aku tetap akan makan dgn berselera.sbb effort aku dah disitu.walhal sebenar2nya, membazir pulak nak buang.haha.

tapi motifnya disini,
ini contoh ya.

walau aku dah tetapkan resepinya,gambaran rasanya mcm mana,
maksud aku menu itu= gambaran pasangan hidup yg mcm mana aku mahukan.
dan berusaha menyiapkan menu itu = memasak =[berdoa siang mlm etc]

contoh resepi aku disini.

menu gambaran lelaki idaman aku: aku mahu garang mcm bapak aku.rupa kacak mcm abang aku.
cara aku masak =menjeling2 mereka yg seperti di kriteria diatas, berdoa siang mlm, dgn sertakan nama si polan dlm doa aku.:D:D

tapi mungkin yg aku dapat kurang dr rasa yg aku idamkan.

lalu aku dapat:

hati batu mungkin?juling mungkin?

mungkin cara aku itu salah?oh mungkin tidak boleh menjeling rupanyaT_T.

tapi atas sbb aku dah letak usaha dan masa aku kearah itu,

aku PERLU terima dgn tgn terbuka lah kan?aku kene makan juga masakan tak sedap itu.:D, jika tawar tmbah la garam, pedas tambahla kicap.sedap lah jadinya kan???sbb ianya hasil yg dtg dari aku sendiri.:)
lalu:
disini aku haruslah mencairkan hati batunya?apa susah ?berdoalah lagi.lagi dan lagi.:)
juling?mungkin aku akan boleh lebih fokuskan kepada senyuman manisnya?

sama lah dgn pasangan anda.walaupun anda dah berkahwin dan org itu tak sama apa anda impikan, haruslah anda terima, itukan pasangan anda yg anda pilih dulu?dan Allah tahu yang terbaik untuk anda.pasangan anda masih lg boleh dibentuk mcm yg anda mahukan.usaha kenalah dgn gayanya.:D:D

konklusinya disini, jika anda pandai masak,sgt untunglah anda.serius.T_T.hahaha.

jadi macik2 terima lah suami anda dgn hati terbuka ya~~:D
oh sesungguhnya aku banyak merapu di entry ini.perumpamaan yg sgt tak sesuai!oh.nanti aku edit lg buku conteng ini+.+

Sabtu, 4 Disember 2010

oh.murah sguh rezeki aku.ALHAMDULILLAH.:)

 aku rasa nak senyum sampai belakang kepala.:D:D

awesome sguh.

hr2 yg sgt indah.

oh makanan selalunya buat aku indah.:D:D

oh terima kasih mokcik mokteh yg masak ketam, pakcik pasa mlm yg buat pari bakar yg awesome, dan juga kerang bakar yg juga awesome tu.kakngah yg bawa chocolate moist yg sedap tu.oh.oh.oh.

aku mahu abadikan detik indah aku disini.aku sgt suka kan masakan rumah[takkiralah rumah sapa pon].hoyeah.

beberapa detik terindah aku yg buat aku sentiasa tersenyum.:)
eskrim mint mesra mall(oh ini mall terbesar di kemaman:))

udang berlemak cili api:D:D.ini hasil terbaik aku mgu ini.:D

aku sgt sukakan masak lemak putih kobis takde buh taugeh je.

cokolat kek kukus pertama aku...tgk rupa pon tahu aku yg buat kan?.yeay.

tomyam campor no aji no moto 

INI IKLAN.sapa dpt teka apa ini, aku belanja nasi goreng dan pencuci mulut::satar kedai kuning.
hint:ini bukan layout, mahupun desktop background.

OH.aku paling suka ini juga!!pertama kali masuk snow wash..berdebar2 sguh.terima kasih buyung bawakan aku masuk:D
rasa tak cukup tangan nak tadah tangan nk ckp betapa bersyukurnya aku utk nikmat2 ni.alhamdulillah.

ekceli hidup tu taklah sesukar yg aku sangkakan.

lebih mudah sebenarnya untuk gembira.

think easy and dont complicate.:)

mekasih dan alhamdulillah.

Jumaat, 3 Disember 2010

ya aku suke baca blog

tapi aku lebih prefer baca blog2 yg ini:

*8ayat2 nya ringkas. dan tidak meleret

**tulisannya jelas, terang, dan penggunaan warna2 yg sejuk.

**isinya santai dan *berilmiah(*sgl yg baru bg aku itu ilmu ya)
 
**dan  blog yg dimana,apa shj posisi aku boleh baca.ha ha ha

**oh aku juga suka blognya kemas dan ringkas.tidak menyemakkan kpl aku.sbb 80% drp masa aku mbaca blog ialah ketika waktu aku bersantai.

jadi ada beberapa blog org yg aku sayang, aku tak boleh nak baca selalu..T_T

maaf sgt ya..aku tahu ianya ilmiah..tapi blog kamu itu aku hny boleh baca waktu yg betul2 free dimana aku boleh fokus dan paham msg nya..:)

tapi apa pun hakikatnya isi itu yang lebih pentingkan, maka aku juga tgh belajar utk lebih menjiwai isi dr tulisan2 yg cantik itu.:D

mungkin otak aku banyak diasakkan dgn msj yg direct,kali ini
biar otak aku ligat sikit bekerja di hari2 cuti ini dgn mbaca entry2 yg panjang lg berilmiah.chaiyok2.

oh.hilangkan sikap malas aku pls.amin.

aku sgt berbesar hati jika teguran membina ini, mendapat perhatian anda.:D:D

mekasih.sayang anda:)

Khamis, 2 Disember 2010

tak perlu facebuklah.

apa tujuan nya facebuk tu?

*keep in touch dgn kwn2.

*cuci2 mata.

*tambah kenalan baru mungkin?

*bisnes

*kongsi ilmu?

 okay.okay.okay
TAPI
ini pendapat aku ya.

jika anda sudah berkahwin takperlulah ada facebuk lg. :)

utk apa lg mahu kumpul2 kwn?haha.keep in touch tru benda lain pon boleh kan?:D

kerana aku rasa facebuk itu mengundang lebih byk masalah dr kebaikan.

yelah sbb hati itu kan sifatnya berbolak balik.

jadi lebih baik hindari sebelum ianya berubah menjadi lain.:)

p/s:oh ya ahli politik, dan org2 besar juga tidak perlu aku rasa.ianya hanya merugikan anda.:)

Rabu, 1 Disember 2010

siapa mahu kawan dgn org jahat.T_T

org tua-tua selalu ckp, pilih kawan yg baik2...kawan tu cermin diri kita...alaa..bukan org tua je ckp, cikgu cikgi, abang, kakak, even kawan aku sendiri pun selalu ckp benda yg sama..

tapi kan..

kalau kita semua pilih kawan yg baik..siapa mahu kawan dgn org jahat?

nanti org jahat tu, akan selama-lamanya lah jahat..sbb semua org yg baik tanak kawan dgn die, takda sape nk tlg bgtau die yg die jahat..mcm mana die nak tau??


dan aku selalu pikirkan perkara ni..knp kena memilih..knp ya?
kalau jaga diri kita dgn baik, masih harus memilihkah?

ya, ya aku mmg slow orgnya..aku jenisnya lambat loading..mkn masa yg lama utk aku figure out ape reasonnya..

dah tua2 begini baru aku dpt pikirkan apa reasonnya..

reason kpd knp sesetengah org memilih siapa yg berhak didampingi dan siapa tidak..wajarkah??

dulu aku pikir org begini sgt kejam..bg aku tade sape pun minta utk jadi jahat..sguh tak ada..
seorg pon takde yg jahat sbenarnya..org hny akan jadi jahat bila psikologinya terganggu..maksud aku, dr segi historynye, mst ada sesuatu yg tak kena..kurang kasih syg mungkin??T_T

dan aku pun pernah cube meletakkan diri aku dlm position mereka utk belaja mcm mana mereka berpikir..

dan menariknya..aku rasa kite mmg boleh mjadi kedua2nya..cume, bila kite biarkan persekitaran yg mbuat pilihan,then kita akan cenderung kepada persekitaran tu tentukan diri kita sendiri sama ada baik atau pun buruk.. 

maka nya disini, oleh sbb, utk dipermudahkan cerita..byk org memilih utk berkwn dgn org yg baik..

mmg sgt baik berkwn dgn org baik..sglnya akan berkesudahan baik..haha

dah tentulah semua org pon impikan kesudahan hidup yg baik..

jadi bila mana anda berkwn dgn org yg baik dan bertakwa:
ini dua faktor yg plg penting aku rasa..

1. insyaAllah anda juga akan berkelakuan baik..sbb ianya dah jadi sebhgn dari gaya hidup anda..jadi, bila tgk org  perangai tak baik, anda akan pelik dan takkan ikut..

 2. org yg baik akan lebih rasional, lembut hati dan bersifat pemaaf.
secara long term nya, akhirat kelak sudah kurang satu dosa kan antara manusia?compared to kalau kawan dgn org yg pemarah?sensitif?tegur tu tak boleh ini tak boleh?esok lusa dia mati tak tentu lagi dia dah maafkan anda.sudah tambah dosa..haha..

ohh.kan kelihatan mudah hidup tu dgn kwn2 begini?:D:D

tapi maaf ya.aku fikir agak 'sellfish' lah begitu?kesudahan yg baik untuk diri sendiri, tapi tak membuka peluang yg lain untuk bkesudahan baik seperti anda?haihh.

ya.ya.ya.mmg tgi risikonya bile kte berdamping mrk2 yg jahat tu..tapi..aku fikir lebih bermaknanya hidup kalau hidup tu cukup rasanya,ada asam, garam dan pahit semuanya, kan lebih baik?..

aku rasa tak jadi masalah pon nk kawan dgn org jahat..janji anda tahu tahap diri anda dgn cukup baik kan?anda pasti tahu limit anda dimana..jadi bataskan pergaulan anda mengikut kemampuan anda..

dan aku teringat pesan sorg sahabat ni, bila mana kita menjaga diri kita dgn baik means,jaga hubungan kita dgn Allah baik.., otomakli dgn izin Allah org takkan berniat jahat dgn kita.. dan apa pun yg jadi itu kehendak Allah..dan igt jelah, (ATM)Allah tu tempat meminta..[haha.maaf ya aku kipas susah mati ketemayat ngan n.siku]..

kalau anda rasa org tu jahat sgt, doalah agar dia berubah..sbb bg aku kuasa doa tu sgt besar..[oh aku msh tertny2 benarkah doa plg mustajab ialah doa dua org perempuan yg plg kite syg?esp ibu dan isteri]..selebihnya Allah kan ada?asalkan niat anda snts baik:D

MORALNYA:

maka pls jgnlah memilih bulu bila berkwn ya..insya Allah aku akan cuba jadi bulu yg baik..

dan bila aku hulurkan salam, jgnlh kamu tanak bersalam dgn aku lg kerana aku ini berseluar jeans dan bertudung tiga segi..T_T    

jadi marilah beramai2 beramal dgn lebih baik.:D:D

Isnin, 29 November 2010

lelaki itu lemahnya dimata?

bersyukurlah jika anda seorg wanita yg cantik. :)

**ini hanya pendapat aku setelah berdiskusi dgn beberapa org. juga stelah membaca beberapa artikel yg berkaitan.
jadi ini rumusan terbaik yg dapat aku buat.hahaha.

jgn marah ya.mungkin aku agak bias. takde niat nk menyinggung siapa2.

jadi satu hari:

buyung cerita pasal 1 ceramah dekat tv ni.panjang lebarnya lah sinopsis nya....tapi ada satu statementnya dr ceramah tu yg aku rasa sgt menarik :: :D

''lelaki itu lemahnya dimata, dan wanita itu lemahnya ditelinga.''

lelaki itu kelemahan terbesarnya melihat perkara yang cantik. dan wanita itu lemahnya bila dipuji.:)

awesome kan?

jadi,baru-baru ni sambil2 tgk drama tv3 tajuk ape tah fahrin ngan amani belakon(pasal kawen time blaja, even  dah berkawen perangai mcm org bujang) aku diskusi dgn buyung lg.

then otomakli aku teringat ceramah yg buyung citer tu.dan juge beberapa artikel berkaitan yg aku bace, yg aku kire reliable utk kukuhkan pdapat aku.haha:D

based on drama tv3 tu, buyung tanya aku.knp lelaki itu boleh sabar sgt dgn amani tu?

dan aku jawab:

sbb dia cantik.:)

dalil aku:

lelaki itu lemahnya kan dimata?buruk mcm mana pun perangai, kalau cantik, sejuk mata tgk...terasa sayang sikit nak marah...tetapi perlu ingat jugalah ya,kesabaran pon ada tahapnya...jadi walau cantik mana pun anda, tapi perangai tak reti nak ubah, dah tentulah mata yg lemah pon menyampah.:)

jadi untunglah anda yg cantik kan?..pasangan hidup anda akan LEBIH SEDIKIT sabar nya dr orang biasa..:)

lalu buyung tanya pulak:

habis yg biasa2?

aku:

okey.semua pon tau kan?
''bila org ada lebih nya disana pasti ada kurangnya disini''.

maksud aku dsini dlm satu relationship yg baik, ss'eorg bila luarannya biasa2, lebihnya akan pada dalamannya. ianya penting utk cover kekurangn dgn sesuatu yg cantik juga.:)

kalau tak org akan ckp pula:

dahla tak cantik perangai hudoh pulak.T_T  

hm.

jadi org yg kurangnya diluar, perlu byk kan cantik yg dalam.:)

dan aku rasa itu sgt adil kan?*ini peringatan utk aku*.

kurangnya aku diluar akan sentiasa mengingatkan aku utk mjaga dalaman aku dgn lebih baik.

aku akan lebih bykkn sifat yang baik utk cover ketidakcantikan aku.:)

kerana aku yakin Allah itu, tahu yg mana terbaik utk aku.:)

jd aku akur cantik itu bukan utk aku..kerana aku tak layak untuk itu...mungkin nanti, aku akan berperangai lebih buruk dr ini?siapa tahu?

phmkan msj aku?:D

jadi sbg contoh aku tgk kakak ni yg dah berkawen bertahun2..punya anak2..dan masih bahagia spt baru kawen..kakak ni biasa2 saja..tapi sgt baik..dan lembut..paham kan? aku kira suaminya tak perlu nak bersabar pon..oh mahu juga jd spt itu:D

dan itu dah cukup menjawab soalan kan?

buyung:

oh.susahla..kita kene usaha lebihla mcm ni..T_T

p/s: bg aku buyung sgt cantik.serius.aku akan sentiasa jeleskan buyung.tapi tulah kan.fitrah manusia mmg takpernah rasa cukup:)


.....................................................................................................


artikel dr ruangan nasihat dr akhbar tempatan hasil olahan aku (lebih kurang je ya)
(aku lebih berminat jawapan dr kaunselor shj)::

pengirim:

saya bercinta dgn janda ni.janda ni bercerai dgn suaminya.katanya salah suaminya.saya terima dgn tgn terbuka.tapi ada desas desus dia main kayu tiga di ofisnya.dia nafikan. saya terima dia lg.tetapi ternyata meleset apabila, terbukti dia bukan shj mnduakan sy malahan telah ramai lelaki telah dia tiduri.lalu, dia meminta maaf kpd sy dan berjanji tidak akan mengulanginya.saya terima dia lg.sy cuba bawa dia ke jln benar.kemudian dia bertukar ofis baru.malangnya, dtg kabar angin baru.ternyata dia curang lg.lalu kami berpisah tapi saya sygkan dia lg.

Dang Anum (kalau tak silap.haha):

saya kira perempuan ini pasti sgt cantik sehingga anda mampu bersabar walau apa pun dia lakukan terhadap anda.malahan telah memikat ramai lelaki pula.tapi sekarang anda perlu fikir serasional2nya.perempuan beginikah yg anda mahukan untuk mejadi ibu kepada anak2 anda kelak?macam mana kah anak yg baik boleh dibentuk dr ibu begini?fikir-fikirkanlah.

:D:D

Selasa, 23 November 2010

ini diari aku di jam 3pagi.

aku terlelap magrib tadi.sungguh mengantuk.terikut timing US mungkin.T_T
makanya skrg aku tak boleh tido.T_T

jadi aku cuba isi waktu ini dgn sesuatu yg berfaedah.:D

memandangkan aku teringin sgt nak mkn spaghetti yang sgt pedas dan masam, dan juga pmintaan kakfarah yg nak mkn roti sardin dan beliau akan pulang beberapa jam lagi[working hour nya mengikut waktu US].

jadi jam 3 pagi ini, aku telah menganggu jiran2 yg nyenyak tidur dgn bunyi keletung keletang dr dapor aku.oh maaf sgt ya jiran2.

ohh.aku teringin sekali nak buat bolognese dari tomato puri, selalunya, aku beli bolognese siap.

jadi pagi ini aku try.
wahh.terasa taksub dgn diri sendiri.



oh tidak semenggah kan aku.terlupa pula mahu lap lelehan sos itu,sebelum amek gambar.T_T.ngantok sudah..













 oh.ya.aku mmg pelupa.
jadi ini diari aku, aku catit resepi ini dlm diari aku.kalau lupe lagi taktahulah.T_T

sos wane merah itu.

bwg besa+pth+cili api
minced meat
mixed vegie
susu
tomato puri
sos cili
air satu tin
oregano

OKEY.sos aku mmg pedas dan masam.:D

aku mahu tido skrang.:)


Ahad, 21 November 2010

akhirnya.aku sudah ada pet yg sgt sesuai utk aku.:D

sguh syg.tak tipu.sape yg tgk tak rasa syg bgtau aku?HUHH.
sekarang aku ada satu org yg syg aku, dimana aku juga syg sama beliau, dimana aku boleh pelok sampai penyet.yeaayy.:D:D.

oh btw, pet yg ini, maintanence mmg tgi.
ENERGY juga harus tgi.hahaha.n kene lambung2 peluk ciom.
semuanya tgi2 lah.tapi yg ini yang terbaek.cayalahh.:D
.hahaha.syg busuk2 aku.































































































































































































































roaaarrr.adik bertukar menjadi cheetah pink.

menjaga 'adik' seorg ibarat menjaga lembu sekandang.haha.lebiu adik.[erm adik besa jgn ckp tganu ye dgn ashu.oh racistnye aku?.bkn2.cumanya aku tak phm bhs itu.T.T].


p/s:aku syg mak buyung.tapi tulah..mak buyung..mak buyung..[haih]
kdg2 syg aku kat buyung sampai aku tanak susahkan dia berckp..baik die record je..save sikit energy utk bersalin kelak..balik2 benda yg sama je dia ckp..so, baik dia record..bila dia nk ckp die tekan play..

aku sampai terngiang2 masuk dlm mimpi apa dia ckp...T_T
[takut plak buyung baca blog aku.haih.]

Selasa, 16 November 2010

tensen.

xsuka.xsuka.xsuka.

aku tak suka mcm ni.

oh bagi aku kesabaran pls.

oh happy birthday mama.:D

xboleh wish semoga dipanjangkan umur dah..

keadaan dah berbeza..banyak yang dah berubah..

even semua org pun dah berubah mama.dah berubah dari fasa yg waktu dulu mama ada.dah ada anak, life masing2.:)

fa pon dah tak sama lagik.fa dah pandai buat macam2.

xmcm dulu2 lagik.:D

cuma perasaan tu je yang tak berubah2.

masih sayang mama seperti selalu..:)

ohh.sedih betul.kali ni rindu tak boleh kol hp mama dah.T.T.

no tu dah takda dlm perkhidmatan. kot awal2 dulu boleh gak ubat rindu walaupun tak berangkat.tp xplh.

hm.sempena hari jadi mama ni.igt nak bg satu hadiah spesel.

masih lagik terpikir2 mahu bg apa.

ini antara kita berdua shj.

igt mahu wakaf sesuatu utk mama.

atau..

mmm

..........................................................................................................

........................................................................................................
mahu jadi mcm mama saja bolehkah?

mahu 'jadi macam mama itu' jadi satu hadiah buat mama.boleh x?

ohh.boleh ya.love u as always.:D

p/s:oh mudh2n ianya tidak sukar utk aku.:)amin.
dan ingat kan aku ya kalau aku lupa pada janji aku sendiri disini. ohh minta dijauhkan:(

Isnin, 15 November 2010

tanpa ibu aku tak mungkin disini.

esok bday mak aku.dan aku akan perasan bz dikubo.haha

jd nak tepek satu scene kat sini.

scene keawesomean mama aku.:)
....................................................................................

..........................................................................................


oh aku teringat dulu2.zaman2 aku tanpa dosa dulu.ahakss.

dan boleh assume aku gemar juga MAKAN di waktu itu.

oh satu info penting disini,kecik2 dulu aku juge agak multitask berbanding dewasa kini.

sambil goreng nugget,
aku boleh goreng fries,
 tgk tv,
sambil2 borak ngan mak aku,
sambil berbls sms

dan satu hari :::

bayangkan dapor aku ade 4.

aku goreng fries sambil tgk tv. dapor tu kan ade 4.leh imagine tak?haha.
so belah 2 bawah aku masak air dan panaskan lauk sbb api die beso, manakala belah 2 atas aku goreng fries.

disebabkan kelekaan menengok tv.maka minyak didapor sgt panas dan sudah berasap ,mak aku pon terjerit2.maka aku pon berlari2 kedapor.

kecik2 biasalah, dek sbbkan aku sgt pandai,dan nervous dek kuali yg dah berasap2, aku pon cmpak fries dalam kuali tu dari jauh..pastu taktau apa jadik..kua API dlm kuali..perghhh..habis rambut aku terbakar[sbb waktu kecik2 rambut aku panjang mak aku tak bg potong] tp bukan dek api besar aku buat tu tp dek api masak air kat belah 2 bawah tu..aku kibas2 api kat rambot... api pon padam..

tapi api besar dlm kuali tu ada lg...asap kepok2..api tu kua dr kuali sudah...


aku takut sgt mak aku marah..aku pon letak air dalam kuali tu nk bg padam..pastu api dia lagi BESAR..OMG!

aku takut sgt mak aku marah.lalu, aku duduk diam2 kat sinki sbb api besa dah block pintu nak kua.ohh.

mak aku tak garang.cuma leteran nye aku tak bape leh nak tahan.

then,

pastu mak aku jerit dr lua, apsal berasap dapor.aku pon dgn kool nye ckp ada api besa maa.

mak aku terus BANGUN dr wheelchair dia.WAHH.awesome ohh.

mak aku berlari2 dtg selamatkan aku.diulangi mak aku yang stroke tu dtg selamatkan aku ohh.serius awesome!!

mak aku taktakut pon api besa tu.lek2 je lalu kat sebelah api tu.pastu mak aku amek alas kaki die basah kan kat sinki taruk atas dapor.dan hari itu semua pon selamat.hahahah

oh harus ingat ya.
scene ini done by org yg stroke.maksudnye disini, definisi berlari2 untuk org stroke ialah bertingkak2 sebenarnya.:) kan hebat tu?cube korang pure2 lumpuh separuh badan, then cube carry another half body tu gune energy lagi satu body..serius akan penat dan susah nak gerak.tapi mak aku tak pon.....die lek lek je:)

so hari tu aku dan mama dirumah selamat...
alhamdulillah...
belakang tabir yang kene bebelan, takyah cite la kan.T.T

dan aku syg sgt mak aku.sbb mak aku tak takut apa2 pun except ALLAH swt.:)

aku harap jika aku berkesempatan menjadi ibu kelak, aku akan seBERANI mak aku:)

alhamdulillah dan amin.

Sabtu, 13 November 2010

habis sudah satu sem.

sambil golek2 atas katil.
ini bicara hati ke hati aku dan zz.:)


''aku rasa ko boleh je amek apa2 kos pon.xkira ko minat atau tak''

''cuma yang akan membezakan nya, ko akan skor atau x''

''even kos ko tak suke,ko pasti akan boleh buat atleast akan maintain lulus''

haha.

terima kasih ya zz atas kata2 ko tu.

cemburu sgt dgn kamu.dan dgn apa yg kamu dpt tu.tp xplh.

aku ada kata2 kamu tu.:D:D

habis sudah satu sem.kita lihat sem depan pula ya?:)

pasti akan rindukan kamu.T.T

#oh bicara hati ke hati ini mungkin terjadi dek kerana aku selalu mengeluh dapat kos chemistry ni.T.T.
serius tak sukakan kimia.tp takpelah.Tuhan kan dah aturkan yang terbaik untuk aku.kita cuba sajalah.:)
mungkin tak sesukar aku sangkakan.insyaAllah.

Ahad, 7 November 2010

bila rasa nak berPETting

: :mud: :rasa nak berkasih2n sayang.awww.

okey.mula.

berpandukan knowledge aku yang dah punyai haiwan peliharaan berekor2. juga dari pengalaman aku bekerja dipusat perubatan haiwan. Eceh.so aku rase boleh la aku point out kan beberapa fakta yg reliable.

kat ofis aku dulu.
dorang ckp.bukan aku yg ckp.
mereka yg berpetting ni selalunye kurang kasih syg.hahaha.
mungkin ye.mungkin juge tidak.

hoho.aku mengaku, aku juge berpetting utk bermanja2.
bila ko balik kije,ada benda tgu ko.tak kire apa pon mud ko, die tetap ada kat situ.

x awesome tu??:D

oke.
mula2 sekali nak bela haiwan comel2 ni, kene cermin diri dulu. mampu ke tak.jgn tgk takat comel lote je, dah rase nak bela.

dan setiap benda pun ada harganya.so barang yang comel pon tentulah berpatutan harga kecomelannya.
harga kecomelan ni bukan takat byr duit je. kene tgk jugak,etc ko ni penyabar ke tak orangnye.:)

+++utk arnab yang comel+++


dulu2 aku ade 2 ekor arnab super duper cute.tompok hitam putih.arnab ni leceh sikit. dorang ni kerap kencing dan berak. so kene cuci kerap.kalau tak alamat busuk lah umah.


plus dioang ni sgt sensitip. xboleh nak main kasar2.tulang dorang lembut sgt.tersepit kat sangkar pon boleh patah tulang dia. mkn sume tade la cerewet sgt..cume cagenye makan space..arnab cepat gemok :)


++hamster yang kecik++
aku tak penah bela lgk. ondaway la kot. tapi secara puratanya, hamster tak hidup lama. 2tahun mcm tu je.
sesuai la utk mereka yg suka tukar2 pet[sbb tu aku tak suke]. space pon tak mkn byk..cuma aku tak bape nk paham mcm mana nak petting mereka2 ni..biasenye dorang taruk dia dlm satu bola dan lepas kan dlm rumah, so nanti dia akan lari2.. maintanence biase2 jele. xbyk attention sgt pon nk dberi.


kucing

aku mmg suke kan kucing.
cume alergik je masalahnye.dulu kecik, arwah mama aku bela kucing dekat 30 ekor.abah siap buat rumah utk kucing lagik.:)
awesome nye kucing ni yg aku suke,sbb kucing paham ckp kita.ko panggil dia dtg.hehehe.
bila mana ko tgk dia.die tgk kita balik.[mata ke mata].pandai sguh ohh.
boleh teman tido.teman tgk tv.teman makan.dan sbgnya.:D
pastu kalo kite marah ke apa.mcm paham2 je.
tapi kucing plukan komitmen tgi dan juge ongkos tgi.kene selalu PELOK CIOM.hikhik


++spesis IKAN2 etc LAGA++


aku pernah ada ikan laga.aku syg sgt2.dekat setahun gak bela.
ohh.ikan laga aku sgt sweet.
balik kije, die akan sambut aku.pandai ohh.dia tgk je kite balik.
wane merah..walaupun dah kene mkn mata dia, die still baik utk semalamn jela.berenang2 dgn gembira smbil melihat ak.T.T
 
[ikan betina baru dbeli makan dia punya mata.takyah ckp la.hancur luluh remuk sume ade.
betapa marahnye aku kat ikan betina.aku buang beliau kat sungai gombak sane nun.]




anyway sgt murah.tukar air smgu sekali je.kalau xbasuh dia mkn lumut tu.hehe.kire haiwan tahan lasak lah dr kematian.WA.


sugar GLIDER


oh.sungguh teringin ada satu.masih menunggu harganya turun.kitar2 sekarang ni harga paling murah aku dapat 220.
sgt comel.boleh taruk dlm beg kecik bawak g jalan2.beliau mkn epal dan sgt attach to owner.
takyah mandi pon.:D
hopefully dapat satu hari nanti.doakan aku ya.aminn.:)











AKU TERINGIN NAK ADA SUGAR GLIDER SEEKOR JE.[2ekor tentulah lg sonok]

Sabtu, 6 November 2010

awesome kan?:D

kebabunan bahahahahaha janganla tengokkk[zahirah selalu aja menconteng buku aku.terima kasih]

ini baki2 clearance handphone aku yang dah makin berat untuk berfunction.maka aku pindahkan sedikit memorinya disini.:D
OH AKU PALING SUKA KAN YANG INI.rasa nak gosok kat pipi oh.
 
                 



ini anjing okeh.
crossbreed chihuaha ngan mini pinch agaknye.tgn gowri lagi nampak besa.

ini kucing okeh.british curl hair xsilap.haha.bantai aje.
kucing ini lagi besar dr 'ini anjing okeh' diatas. 

ini owl@burung hantu yang sgt awesome.
berdiri juga mau tido.makan juga mau tido.
oh aku teringin sekali mahu lihat die pusing kepala 360 darjah.

sayang2 aku kat AMC.`muke nak suci aje kann`innocent sguh.ceh.
[ini baru satu malaysia okey].haha
dan ini hasil tangkapan aku bekerja disana,ZUZU yang gile comel.zuzu ada jari sgt banyak.7 semuanya.boleh count sendiri ye rujuk gambar diatas.:)
        

Khamis, 4 November 2010

sungguh aku sukakan disini.:)

serius best.

november ni mungkin musim cinta mungkin?

dari tingkap meja aku ni.mcm2 boleh nampak bulan mendung november ni.

ada tupai yang byk.

ada burung woody woodpecker.

ada burung tekukur mengawan.

ada kucing yang anak byk.

juga siput babi yang banyakk.

anai2 juge banyak.serius menggelikan.

ye hampir terlupe.jerawat pun banyak.[zeyra-2010].

suasana nye sungguh nyaman disini..

oh keputusan kolej kelua 9hb ni.harapnya masih dapat duduk disini.AAMINN.:D

dlm koordinasi yg sama.tapi bukan katil yang ini.sungguh aku benci katil inie.HUHH.

katil ini umpama rumah atas pokok. dan aku. dah mcm burung yang pulang kesarang untuk mengeram telur bila nak tidur.

atas katil ini,juga boleh jadi mcm nelayan bak kata zahirah.

ahh.cukup2 yang penting tahun dpn.kolej yang sama.blok yang sama.

SAYA SAYANG DELIMA.
`sungguh delima dan dilema itu dua perkara yang berbeza`

Isnin, 1 November 2010

oh.aku makin emo sekarang.T.T

Comparisons are easily done
Once you've had a taste of perfection
Like an apple hanging from a tree
I picked the ripest one, I still got the seed

You said move on, where do I go?
I guess second best is all I will know

'Cause when I'm with him I am thinking of you
(Thinking of you, thinking of you)
Thinking of you, what you would do
If you were the one who was spending the night
(Spending the night, spending the night)
Oh, I wish that I was looking into your eyes

You're like an Indian Summer in the middle of winter
Like a hard candy with a surprise center
How do I get better once I've had the best?
You said there's tons of fish in the water, so the waters I will test

He kissed my lips, I taste your mouth, oh!
(Taste your mouth)
He pulled me in, I was disgusted with myself

'Cause when I'm with him I am thinking of you
(Thinking of you, thinking of you)
Thinking of you, what you would do
If you were the one who was spending the night
(Spending the night, spending the night)
Oh, I wish that I was looking into

You're the best, and yes, I do regret
How I could let myself let you go
Now, now the lesson's learned
I touched it, I was burned
Oh, I think you should know!

'Cause when I'm with him I am thinking of you
(Thinking of you, thinking of you)
Thinking of you, what you would do
If you were the one who was spending the night
(Spending the night, spending the night)
Oh, I wish that I was looking into your, your eyes
Looking into your eyes, looking into your eyes

Oh, won't you walk through?
And bust in the door and take me away?
Oh, no more mistakes
'Cause in your eyes I'd like to stay, stay
sungguh aku mengaku.aku makin emo.T.T
adeh.

Ahad, 17 Oktober 2010

siapa kata aku tak sedih?

untuk membuat satu keputusan yang sgt pedih.tentulah sakit.

aku tgalkan saat manis aku.

aku tgalkan sayang aku.

tgalkan perasaan aku jauh dr situ.

aku perlu kosongkan hati.pastikan tiada apa diletakkan disitu.

bukan atas perasaan benci.tp untuk satu tuntutan.

dan kamu takkan pernah faham itu.

dan aku bukan kejam untuk kamu.tapi juga untuk diri aku.

kamu sakit, aku lagi berganda2 sakit.

sbb kamu kene tahu,hati aku mmg sayangkan kamu.

kamu adalah sebahagian dr hidup aku. [kamu tahu itu kan].

dah tentu bukan mudah lupakan kamu.

ianya sangat pedih dan menyakitkan aku untuk lupakan kamu.

dan aku sentiasa doa agar kamu sebaliknya dr aku,aku doa dpermudahkn kamu lupakan aku.amin.

kerana itu kita berhenti disini.aku sentiasa doakan terbaik untuk kamu.amin.

kamu baik, jodoh kamu juga akan baik.amin.

==ini yang terbaik.mudah2an.amin==

Rabu, 6 Oktober 2010

erm.kamu.boleh kita ada ini *andai kita kahwin nanti*[amin]?:)

+++mode:::rasa mcm nk mencair+++

aku pikir2.aku sudah penat bergilir2 kerumah sana dan sini.[aku harap sekali mereka2 tidak membaca blog aku.please....+.+].

kenapa aku penat ye?adakah aku mecari alasan atau apa?
oh aku cuma penat menjawab soalan2:
polan: umah ko kat mana?
ak: bukit jalil.
polan: eh bukan kat kemaman, tganu tu ke?
ak:umah aku jugak.
polan: dah yang kat subang tu?
ak:umah aku jugak.no 3
..........................................................................

walhalnya dah sah2 aku ada 5 adik beradik campur ayah laling. maka dah sah2 aku ada 6 rumah.jadik pilihlah polan2 sekalian rumah yang mana korang nak dtg bila menjelang hari raya dan sbgnya...aku harap ini menjawab soalan2 polan2 sekalian..dan maaf aku jarang mejemput polanah2 yg rapat dgn aku ke rumah ya...harap kamu paham situasi aku...:)

dan aku pun ada terpikir juge..andai kata dgn izin Allah aku ada jodoh dan berkahwin...maka dimana akan berlansungnya?adakah perlu aku buat di kelima2 rumah?hahaha..


ohhh...aku cuma mahu ada rumah, tempat tinggal sendiri..[kan bagus kalau aku boleh duduk selamanya kat kolej ni?]

teringin aku ada rumah aku sendiri..yang mana aku boleh balik sesuka hati aku..tanpa aku perlu bersin2..gatal2 hidung..

tanpa aku perlu melihat perkara yang tak patut aku lihat..

aku sgt suka rumah mereka2.tentu sekali seronok..mereka2 menghiburkan aku..tapi pahamkan..ertinya aku nk satu tempat aku sendiri?yang aku boleh letakkan hati aku disitu..dgn tenang dan gembira?

hm..

atau ada yg lebih buruk akan jadi jika aku punya rumah sendiri?

mungkin jugak aku akn keboringan hidup sendiri..

hahaha..mungkin jugak..mgkn sbb itu, lbih baik aku hidup berpindah randah mcm ni..:)

tapi ANDAI aku dberi peluang..untuk miliki rumah sendiri..utk ada satu tmpt tgal sendiri..yg mana bila org tny..aku tanpa ragu2 akan sebut ianya satu2 nya RUMAH AKU...

aku nak sgt...................

1.bela ikan laga..

2.aku juga mahu bela sugar glider, barangkali arnab juga comel..aku nak arnab pth tompok2 hitam..[aku kepingin sangat nk bela kucing.tapi kucing buatkan hidung aku gatal.T.T]

3.aku juga mahu tanam pokok..:D:D...taknak byk2 pun..3 pokok je aku nak..pokok cili api..pokok bunga kemboja[oh ini mungkin sukar,aku perlu kerap tukar pasu,tapi sgt cantik ohh]..dan barangkali satu pokok ros..:)

4.ohh lagi satu,aku sgt suka satu buaian besi[buaian bulat] letak diluar rumah.

dan kamu..aku mahu tambah satu mesin jahit dan juga satu oven dlm list aku..boleh kan?:D:D

ohhh..besar sgt kah permintaan aku???T.T