Ahad, 30 Januari 2011

tidak sedap didalam perot

malam tadikan.
tidor lambat.
selalu nya saya pasang jam dering untuk jaga subuh, takpun kenkawan tlg kejutkan.
boleh dibilang dengan jarilah, bila yg terjaga dgn sendirinya tu.
jadi.
saya pon teringin nak mencabar diri sendiri.
sebelum tidur tu, saya tepok2 bantal.
[waktu sekolah ustazah kata boleh minta tolong kat Allah, nanti malaikat kejutkan.]
jadi saya pon ckp.
"Ya Allah, tlglah kejut saya awal sikit ya subuh esok.saya tahu saya selalu tutup balik jam dering tu kalau die bunyi, tapi tlglah kejutkan saya lagi. tlg bagi saya kekuatan untuk tak menutup balik jam dering tu dan tidak sambung tido 5 minit.amin"

pastukan.

pagi tadi.
saya bangun pukul 6 dgn sendirinya.
sbb perut saya meragam sgt.

dan saya macam.-______________________-
adakah ini sbb doa saya?
adakah ini sebab dosa saya menutup jam dering tersebut.
jadi ini satu-satunya cara yg paling mujarab untuk kejutkan saya?
T___________T

oke.oke.oke

saya janji tak tutup lagi jam dering tu pasni.
WA

p/s: kawan saya kata, kalau dah tepok2 bantal bangun lambat juga, maknanya malaikat dah kejut, tapi saya yg tak mahu bangun juga. jadi malaikat tidak mahu lagi mengejut saya. sbb saya sendiri tak berusaha untuk diri sendiri walaupun dah dibantu malaikat.WA

pasti akan lebih berusaha lepas ni.IA

Isnin, 24 Januari 2011

menipu kanak-kanak.

oh.
sebenanye kan.
aku sgt rindukan zahra dan aqil sekarang.
aaaaaaaaaaaaaaaa.

cis.cis.cisdale.
bila nak cuti panjang neh.nak balik kampong oh!!
.HUH. T_____T

erk.anyway.
anak buah aku takdelah comel mane pon.tapi sgt adorable.
seyes tak tipu tau.
especially rambot die yg curly-curly halus, membentuk pusaran2 kecil atas pale die tu.sukeeee sangaat ohh.sebijik ,mcm rambot abah aku :D:D

tapi beselah kan.
time baik sume kelihatan comel.
tang-tang die nakal tu.
mmg tak boleh blah rasanya.T_T

kenkadang tu aku selalu menipu anak buahn aku apabila keadaan tidak terkawal.
ESPECIALLY time pg pasaraya-pasaraya terkemuka.
time bile die nak brg mahal2 tu.aiyok.
pegang bear2 besar tu sambil nangis2.
mmg tak boleh blah rasanya.

tp selalunya.
aku ckp kat adik zahra.
''eii.apa adik pegang ni????busok ohhh.''sambil pegang telinga bear ngan hujung2 jari sbb geli.
:D:D

dan surprisely.
adik pon tanak bear tu ohh.

pastu aku tipu lagik diwaktu lainnya T_T

onething nya, adik suka sangat main bedak.
habes dah bedak2 kat rumah.
ada waktu tu,aku pon pusing la penutop bedak tu b4 aku smyg.
then die pelik,tuang2 tak kua pon serbuk putih.
pastu die masuk bawah telekung aku nak suh tgn aku bukak bedak tu.T__T

pas aku smyg tu, aku tunjuk lh kat die.
'adik tgk ni, ashu buat,'
buat2 tuang bedak atas tgn, sapu kat muka, eventho tade serbuk.ha ha
mule-mule die bunyi jugek.tanye aku mane serbuk putih tu.
pastu aku cume tunjuk kat tapak tgn aku je.
'adik tak nmpk ke?'
pastu adik sgt suke ohh.:D:D
die pon tiru, buat2 tuang bedak sapu kat perut. die da tak kesah pon ade serbuk ke tak.:D:D


jadikan
aku rase tak susah pon nk tipu kanak-kanak.ha ha
yg penting.
niat tu sentiasa harus suci,sesuci muke adik zahra :D



Jumaat, 21 Januari 2011

diculik bunian.?

ini sgt awesome.
tahu tak mcm mana nak describe perasaan tu?
perasaan dimana bila kite berjalan-jalan bertembung di tempat yg sama.
.ianya berulang-ulang.

tapi. kalau bunian selalunya di hutan kan?
ni bukan.
kat bandar je.
bandar klang pulak tu.
T__________T

rasa mcm dah letih.
nak berhenti di bahu jalan.
dan tidur sebentar.sekejap je.pastu sambung balik journey kite.

boleh tak?^_^

tapi.xtipu.
sonok sgt.
especially time kat econsave yg ade jajan murah tu.:D:D:D

Ahad, 16 Januari 2011

yang dalam perut itu sudah selamat keluar.:D

ulat bulu baru keluar kepompong.
"sebelum dicium"


ulat bulu selepas dciom pipi.:D:D
gosok2 pipi ulat bulu sgt lembut oh.
 mode: nak senyum sampai belakang telinga.

^_________________________^

alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah

bebi itu.nama dia.

"MOHAMAD ZAIN AZRAF"

^________________________^


oke.
aku agak sedikit kecewa ini.
aku kepingin sangat nak cadangkan satu nama yg aku pilih.hahaha
tapi mustahil lah kan. buyung mesti tolak mentah-mentah punya. cisdale.

asalnya aku sgt sukakan nama yg simple dan ada huruf i. kalau boleh satu nama saja.
especially kat belakang.(--li)

oke.
ini nama2 anak beranak encik tahir:
1. mohd su---ni
2. mohd ha---ni
3. war----ti
4. zuh----ti

dan aku

5. n----fa

cisdale tak cisdale tu?

jadi kan.

kalau aku punya anak sendiri.^_________^

amin.amin.amin.

aku mahu bubuh ini:

mohd hambali
mohd wafi
mohd adib
oh ammar daie pon suke juga

takpun yg ini pon aku suke juga.

hamka

wah.sumenye nama lelaki.
sgt comel.
hahaha.

oh kalau perempuan aku mahu taruk ini.

aminah.
hikmah.
iman.

oh. comel sungguh rasanya???!!![bagi aku nama2 ini habis comel dah ya:D]

hahaha.
ini monolog dalaman aku yg dah terkeluaran.T__T
oh sgt suke. mudah2n aku juga diberi peluang untuk merasa. aminn:D:D

Jumaat, 14 Januari 2011

beban.

kamu tahu knp sesuatu perkara tu kamu rasa ianya beban?

sebab.

keikhlasan kamu tak cukup.

dan kamu tahu knp keikhlasan kamu tu tak cukup?

sebab.

kamu tak letakkan sayang yg secukupnya, pada tempat yg hak.

aku tahu kamu sayang. tapi tak cukup.

kalau kamu syg. kamu akan cuba berada di tempat dia juga.

akan terbit kesanggupan untuk bekorban untuk orang lain.

dan di saat kamu dah letak sayang yg cukup itu nanti.

segala rasa susah payah kamu tu. kamu tak akan rasa apa pun.

percayalah. akan ada orang yg sentiasa lagi susah untuk kamu. itu pasti.

pentingnya, bila kamu letak sayang yg cukup pada tempat yg hak.

segalanya akan nampak lebih mudah buat kamu.

kamu cubalah. aku janji ianya berbaloi. :)

oh.

seperkara lagi.

dan bila kamu dah ikhlas nanti, kamu tak akan mengharap lagi sesuatu dr org lain.

cukup Allah sbg penjaga kita. dah cukup memadai dgn apa yg dah diberi Nya.

sbb bila kamu mengharapkan orang lain. nescaya kamu akan kecewa.

sbb manusia, takkan mungkin boleh memahami kamu dan memenuhi segala permintaan kamu sebaikNya.

aku doakan agar suatu hari nanti Allah buka kan pintu hati kamu. dan kamu faham apa yg aku sampaikan.

sbb. aku cukup tak pandai menyampaikan apa yg aku rasa. maaf.

dan ini ialah peringatan untuk diri aku sendiri. spy aku tak terleka dan lebih memahami keadaan orang lain, juga supaya aku dapat memperbaiki hubungan aku dgn Allah. insyaAllah.

aku masih lagi belajar yg terbaik.

banyak kan mengucap.

apabila anda naik kenderaan dgn polanah.
silakan byk mengucap.
aku juga hairan mcm mana boleh polanah dpt lesen.cisdale.

sikit je lagi nak tercampak kua ikut tingkap.T_T.cisdale lagi.
mekaseh mengingat kan aku. yg maut itu mmg sgt hampir dgn aku.T_T
oh anyway mekaseh juga ya bawak aku berround-round di round a bout tadi !! :D:D
enjoy sgt ohh!!!

HAHAHA.

moral:

dengan kereta kecilmu itu juga, indirectly, kamu boleh berdakwah dgn aku ya.:)
pasti akan perbanyakkan lagi kalimah syahadah lepas ini. insyaAllah.:D

aku juga mahu ada kete kecil begini.T_T

p/s: zaza.zaza.aku rasa kan. kawan itu adalah cermin pada diri kita sendiri tau !! :)

lebiu.



kelaka kan. gaya bgamba yg tak pernah berubah dr 3 tahun dulu.posisi juga sama.T_T
 


Khamis, 13 Januari 2011

saya mohon dapat yg ini.:)

ecececeh. gatalnya saya.

taktahu knp.

rata-rata, sana sini, topiknya hampir sama.

kawen.kawen.kawen.

saya juga kepingin mahu kawen.

masih lagi tgh bersiap utk itu.

sbb saya percaya jodoh akan dtg bila saya dah bersedia.

dan Allah tahu bila saya akan bersedia, jadi waktu itu saya akan terima jodoh saya.yeayy

wah..saya kedengaran sgt gatal ni!!!

cukup.cukup.

saya mohon yg ini.

sgt sukakan lelaki yg garang. hahaha.

saya mahu seorg lelaki garang menjaga saya. aminn.:D:D

yg tuturnya mcm dato rahim razali dlm drama kerana kasih kerana sayang.:D

butir bicaranya mcm A'a Gym.

dan punya pemikiran mcm prof Hamka.

dan kelakar mcm abang saya. yeayy.

hahaha.
apa salahnya. ini doa saya kan.yeayy.

p/s: musim mengawankah sekarang?

Rabu, 12 Januari 2011

kamu pilihlah.:)

tadi aku sesat di CM.
jadi aku sgt tensen xjumpa jalan pulang.
teringat pulak aku tade kasut lab untuk minggu ini. jadi aku beli ini.
murah jek. comfy. utk bawak pg makmal je pon. jadi takkesah sgtlah janji comel.:D

kalau tak mahu yg ini.nanti kita tukar.macik tu kate boleh tukar.:)

aku cop yang ini.

Selasa, 11 Januari 2011

senyuman yg manis melegakan hati.

oh.saya rasa mungkin saya langkah kaki kiri waktu keluar bilik pagi tadi.

kelas hari ini. abg mat sgt tension.

xtahu die mahu ajar atau tak sebenarnya.

kesian abgmat dapat pelajar seperti saya.T_T

hr ni banyak nye cerita pasal pekerja dia yg tak berdisiplin tu.

abgmat asyik ckp.

stres.stres.stres.stres.bo***.bo***.

saya tak tahu nk ckp apa.

melemparkan senyuman yg manis cuma.

smg abg mat lebih tenang.haha

ade juge rasa takut. buatnya dia sekeh kepala saya kan. mahunya sy menangis disitu juga nanti.T_T

jadi kelas hari ini lebih kepada menenangkan jiwa abgmat yg kepanasan dek traffic jam dan hari yg terlampau cerah tu.

ade sekali tu. abg mat ckp sy bo***k. dek kerana kereta yg terlampau perlahan dibawa.

oh.oh.oh

tapi takpelah.

hati sy kan kering.

jadi saya pon melemparkan lagi senyuman manis saya.

terasa down pulak.

tapi abgmat kata sy dah pandai.

pesanan abgmat sebelum pulang,

"bawa kereta jgn ikut hati awk, ikut peraturan."

"kalau ikut hati lambatlah kita sampai."

"takmahu bawa kereta, jangan bawa kereta sila naik bas aje"

dan mcm2 lagi.

yang buat sy tersenyum sinis saja.

xpelah. smg hari esok sy lulus walaupun sy tak berapa suka kan kereta.

esok-esok saya naik bas juga.T_T

oh.sy mahu ada drebar seorg je.aminT_T

p/s:oh.sy janji kalo sy lulus sy nak hafal jalan pegi kuku. amin.

Ahad, 9 Januari 2011

berbulu kejelesan.

cis.
tak aci ini.
menimbulkan kemarahan aku sungguh.
aku mahu juga lesen P itu.
aku kegetaran mahu lesen P itu.
pls lah doakan aku.T_T

anyway TAHNIAH buat kamu yg dpt lesen P dan buat hari aku hari ini sgt berbulu.
cis.cis.cis.
nanti aku belanja potpori taruk dlm kete, boleh gantung bawah cermin pandang belakang tu.

SIPU-SIPU.SOPANNYA.

oke.oke
aku dlm usaha utk menjadi sopan.
dlm erti kata lain, menjaga perkataan2 yg aku lafazkan,
dan mengekspresikan sgl2nya dgn lebih baik.

mungkin akan ada yg ckp aku hipokrit.
bukan.
bukan itu yg aku nak sampai kan.
bukan aku mahu berpura-pura.
cumanya aku rasa perkara yg baik itu, ada lah hikmahnya yg tersendiri.

apa yg kamu lafazkan tu. pada aku, mmg dtg dari hati kamu.
jadi bila kamu berkata-kata kesat, walhal kamu kata hati kamu baik.
dah tentulah hati aku ade sikit takkan percaya.
tapi apalah pentingnya apa yg aku rasa ye tak?

oke.mungkin benar hati kamu baik.
tapi apa yg kamu keluarkan dr mulut kamu tu, haruslah kamu jaga juga.
mcm juga kamu jaga hati kamu sendiri.:)

percayalah ckp aku. xada yg baik dgn berkata-kata kasar.
dan ini peringatan untuk aku juga.
jadi kalau aku berckp sopan.
bukan aku hipokrit ya.
ianya hanya satu usaha aku menjaga adab pergaulan aku dgn lebih baik.

untuk upgradekan tahap pergaulan aku pada yg lebih baik.T_T
sbb itu aku bina satu barrier antara diri aku dgn org lain.
spy bilamana, aku menjaga perkataan yg aku zahirkan, meluahkan kata-kata yg baik dan menyejukkan hati, org lain juga akan dapat menjaga hati aku kembali.:)

dan untuk teman2 rapat aku.
haha.
oke.
itu perkara lain.
tentu sekali agak sukar untuk sopan dgn kamu.
dan aku harap hati kamu kental dgn aku.:D:D

tagline aku skrg:

kurangkan perasaan amarah.
dan tingkatkan senyuman yg manis.

-aku mahu jadi lebih polite-aminn.
p/s:aku harap tiada yg cherry berry dgn statemnt aku ini.T_T

Jumaat, 7 Januari 2011

T_T

Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya.

Khamis, 6 Januari 2011

cukup-cukup

aku lebih suke dgn word 'sederhana'.

pada aku yg jahil ni, dr apa segi sekali pon, tak ada yg baik dgn berlebih-lebihan.

kalau ada yg baik ttg berlebihan tu bgtahu aku ya.

setakat ini,dari segi apa pun. xpernah lagi aku nampak baiknya.haha
.
dan scr logiknya, aku rasa sgt penting untuk menzahirkan sikap bersederhana dlm kehidupan.
dlm kehidupan itu maksud aku apa2 yg membabitkan pertalian antara kamu dgn org lain.
jadi dibelakang tabir tu, itu antara anda dan Allah swt. jadi yg itu terpulang, sudah masuk bab lain pula.

yg pentingnya disini,
ZAHIR tu, sesuatu yg aku nampak..
jadi kalau kamu berlebih-lebihan, ianya agak menyakitkan batiniah aku..haha

kitakan kongsi bumi ya sama..
punya nikmat yg sama..
jadi marilah belajar berkongsi nikmat yg sama supaya semua pun rasa..:)
ahh mcm komplikated pula ayat aku kan. T_T

................................................
................................................

contoh nya disini:

**jika kalau kamu gembira.
gembiralah seadanya. secukupnya untuk kamu, secukupnya untuk org lain juga.
sbb andai kamu melebih-lebih.
pasti akan ada hati yg terluka.
sbb xsemua org mampu nak kecapi kebahagiaan seperti kamu kan?

maksud lain nya: mcm kamu punya satu barang yg mahal.
kamu sgt gembira punya barang tu. bila kamu zahirkan secara berlebihan pada aku. walaupun zahirnya aku tumpang gembira, tapi aku juga akan bersedih sbb tak mampu nak punya barang yg sama.haha.[ini contoh saja ya.]

tapi.
itu pun bukanlah alasan untuk kamu tak bergembira.
alasan untuk kamu menangisi hidup sepanjang masa.
hidup terlampau indah untuk di tangisi.
mcm tak reti bersyukur pulak nanti.
senang cerita, guideline dah ada.semua cukup, follow jelah.
kalau kwn2 kamu gembira, kamu gembiralah juga, walaupun tersenyum cuma.
jgn spoilkan pula suasana tu ya.haha:D

**kalau anda bercinta pulak.
memberilah secara sekadarnya.
sbb yg pasti ada yg lebih layak untuk menerima scr berlebihan.
tak perlulah bercinta bersayang bagaikan hari esok sudah tiada.:)

oh.bertunang lah scr sderhana juga ya.haha
itu hanya satu ikatan.
satu tanda, anda sudah di cop org.
tapikan kita hanya sekadar merancang?
perlu ingat, hati tu sifatnya berbolak balik.
perlu belajar tetapkannya selalu. InsyaAllah.

**kalau bab makan pulak:

makanlah sekadarnya.

mula sebelum lapar, dan berhenti sebelum kenyang.
[oh.aku ada tips nak habiskan makanan yg byk.sbb seboleh2nya aku tak suka ade lebihan.:D
mkn sikit-sikit pelan-pelan.mmg amek masa tp gerenti habis punya.jgn minum air pulak. :)]
makan terlebih akan obes. dah obes mls pulak kan??

**dan dlm pergaulan
bergaullah sekadarnya.
jgn terlampau byk pulak memberi.
memberilah secara sederhana.
sekadar cukup untuk org rasa.:)

**pelajaran pula.
seharusnya mmglah perlu excellent.
tapi yg anda zahirkan secukupnya sajalah.
sbb kita mnusia, takkan pernah sepandai mana pon. :)
dan org pon akan sentiasa memandang org yg merendah diri itu lebih baik.
sbb mrk yg tahu diri mereka itu tak cukup, akan snts belajar untuk mencukupkannya.
oh. lgpun ada benda yg lebih drp pelajaran pon perlu kita tuntut sebenarnya.

oh. kpd xtremist juga.
kerana beberopa golongan extremist, maka ramai yg dah jatuhkan hukum pada pendakwah2 agama yg lain.
jadi, pembawaan konsep sederhana sgt penting.
baru semua golongan pon berani nk dekat. :)

kesimpulannya disini.

semua ialah batasan nya SEDERHANA.

jangan terlebih jgn terkurang.pastikan sentiasa seimbang.
aku rasa, pasti hidup kamu akan lebih sempurna:D:D
oh.oh.oh
ini sekadar pendapat dr aku yg jahil ini ya. asalnya peringatan untuk aku supaya tidak berlebih-lebihan. aminn.

ini satu doa yg sgt comel.

DOA MENGHILANGKAN DUKACITA.
seriyes.kamu akan nyanyi dlm keadaan ceria secara otomatik.
adikzahra pon dah mula hafal:D
mudah2n membesar tanpa sebarang perasaan dukacita ya adik.lebiu.

Rabu, 5 Januari 2011

apa hebatnya ada lesen.

asyik suruh aku amek lesen.xbimbangkah aku lari kemana2.T_T

Selasa, 4 Januari 2011

erat-erat

genggaman tgn kamu yg kuat.
dan pandangan dr mata kamu tu.
mulut kamu pulak diam membisu.
kamu,stranger di sisi jalan yg aku jumpa.

cara kamu tu stranger,
buat hati aku mahu menangis.
knp ya?

sbb pegangan kamu yg erat tukah?

Ahad, 2 Januari 2011

masita kata

jalan-jalan juga.yang atas jangan lupa.:D.
ini UIA.mekasih ya bawa aku jalan2 hirup udara mcm obesi kenkononnya ini.

kata masita: ini hall tercantek:D

ini pula atap yang cantik

ada gazebo yg cantik!

ini coklathomemade yg cantik.
semua2 yg cantek.masita juga cantik.
hati nya jugak cantik.:D
jadi boleh la belanja aku lg lepas ni.hoyeahh.:D