Jumaat, 30 Disember 2011

tips andakah anda pelupa?

anda selalu hilang kunci rumah?
kunci kereta?
kunci bilik?
henpon?
atau barang2 lain yg mudah tercicir?

ini cadangan je.
cadangan yg comel saya rasa.
hikhik.

erm.
cuba anda try pakai LOCENG.

SERIUS MEMBANTU. :D
sangat comel bunyi loceng dimana2~

juga.

p/s: oh btw ini fakta. kamu tu sebenarnya kene kurangkan mata kamu dr tengok benda yg tak elok. kekeke. no offense. :D

Ahad, 25 Disember 2011

summary of 2011.

erm.
sesi muhasabah untuk 2011 yg sangat sy sia2kan.
mohon allah ampunkan saya.

kerana saya terapung di udara.
dan tidak berpijak ditanah. 
terus pandang ke atas, tanpa menoleh kebawah.

just being pathetic.
thats me.

maafkan saya semua org.
honestly.
siapa2 yg rasa teraniaya dgn saya tu.
siapa2 yg saya sakiti physically, mentally.
sorry.

umur 23 tu tak matangkan saya pun.
23 tu buat saya penuh amarah.
penuh nafsu.
mengejar2 benda yg tak pasti.
terawang2 mengelamun.

perangai tu.
buat saya seringkali jatuh.

so sad.


erm.
theres no word such too late.
chaiyok2!
bangun zulfa~
(^_^)Y

biar saya belajar berpijak dibumi balik.
from the start.
Di tahun 2012 nanti.
Hihi.
thanx those who always have faith in me.
love ya.

Isnin, 12 Disember 2011

tips kurus sepanjang zaman.

walaupun kurus itu bersifat sementara.
tapi.
sekali sekala.
teringin juga nak kurus.
kekeke.
nk sebut 'kurus' pun malu.
xrock la saya yg otai ni mahu kuruskan badan.
aaah.
abaikan.

ini tips dari zaman sekolah menengah saya.

sebelum tidur:
sit up 20 kali

bangun tidur:
sit up 20 kali.

kalau nk lebih berkat, setiap kali sit up tu diselangi dgn berzikir.
subhanaalah, walhamduillah, wala ila haillallah, wallahuakbar.


kalau xsempat nak sit up:
tarik nafas dalam, sampai sekempis yg boleh perut tu.
tahan 10 saat.

buat lapan kali.

i.allah dalam sebulan, saiz pinggang anda akan mengecil dalam beberapa inci.
sampai waktu tu, saya dahulukan dgn ucapan tahniah ya!:D

jgn lupa yg penting istiqamah.


selamat beramal~


Ahad, 4 Disember 2011

Ahad, 27 November 2011

cinta.cinta.cinta.

ini adalah personal view.

lately, semua org membicarakan pasal cinta.
hari-hari hal cinta.
especially org keliling aku.
erm.
cumanya.

bknkah?
CINTA tu wujud hanya untuk melayu.
sebab
bahasa inggerisnya,
LOVE
tapi LOVE bukan ke SAYANG?
even arab حب
juga membawa definisi SAYANG, CINTA, SUKA dalam satu definisi yang sama.

so.
benar ke ada cinta?
atau hanya satu perasaan yg dicipta?




p/s: there are many other things that is important in our life, not just love.;p




Isnin, 21 November 2011

nak cekodok bole?


kelakar oke.
hahahahhahahhahaaaa~


Sabtu, 12 November 2011

THE IMMORTALS (movie)



Oke.
aku mmg obses dgn sejarah greek.:)

theseus yg kental lagi bergaya bersahaja buat saya heartmelts (henry cavill).

freida pinto seriously sangat2 cantik dalam immortals.:D:D oracle yg sgt convincing kesuciannya.



 poseidon.
zeus yg kebapaan kacak lagi baik hati.

oh. dari sinilah cinta saya dan gerard butler bermula.<3
oke.
Sinopsis watak sajalah ya.
:)


King of Hyperion- pemerintah kuku besi yg mencari Epirus Bow
Epirus bow : alat panah magis dari syurga (created by god Ares) punya kuasa unimaginable dan mampu membebaskan Titans.
Titans: dipenjara dalam walls of Mount Tartaros sejak zaman kekalahan mereka pada pihak Olympians.


Zeus: Dewa konon hebat. keke
Athena: Anak Zeus yg hot.
Poseidon: Mati dibunuh zeus, sbb langgar perintah turun ke bumi sbg dewa membantu manusia. (sadly dewa semua boleh hidup balik. spoil.)


since dewa ade curfew, untuk tidak boleh membantu manusia unless titans di bebaskan. (hukum mati)


maka muncul pula watak:


Theseus: Atheist. Separuh dewa. Dan dipilih oleh zeus menentang King Hyperion. Theseus amat frust bila ibunya mati dibunuh di depan mata beliau sendiri. Namun kemudian sedar, sikap sellfish bukan lah boleh dibawa kemana2. Apalah erti berbadan kental2 kalau berwatak sampingan cuma?


Phaedra Oracle: Gadis cantik punya visi. Punya larangan berhubungan dgn lelaki, nanti hilang fokus visi entah kan kemana pula. Erm. awek Theseus. :)


epic part :#1 oracle guardian kena bakar dalam lembu tu. aaaaaa. jahat betol. T__T [part taching]




nak collect dvd die pulak.:D
nice yo.<3




CANT WAIT FOR THE AVENGERS. SERIOUS. <3<3


movies related : thorr, 300, clash of the titans.

Jumaat, 11 November 2011

lelaki lagi.

mungkin kerana aku perempuan.
maka aku akan kerap berkata mengenai lelaki.
ya.
mengata juga iya.
maafkan aku ya para lelakian.

lelaki lemahnya dimata

bukan.
bukan kelemahan matanya lagi yg aku akan sebut.

kali ini hak lelaki.
menarik kan?

ya aku mmg optimistik.
jangan marah aku mahupun ibu aku apatah lagi ahli keluarga aku yg lain2.

cuma pemikiran kita berbeza mungkin.
halal kan sahaja lah.

aku tahu kamu chill saja.

senyum sikit baru baca ya:)

ini isu perempuan sbg pengalah.
http://shafaza-zara.blogspot.com/2011/11/mengalah-demi-mempertahankan-hubungan.html

erm.
JIKA aku sebagai isteri.
aku bangga juga untuk mengalah.

andai aku dikurniakan suami mcm singa di taman diluar amatlah jinak.
kembang tak kuncup hidungku agaknya.

masakan tidak?
hanya aku.
bukan orang lain.

yang nampak evilside di mana org lain taknampak.
bukan kah itu tugas istimewa isteri?:D

mencetus kedamaian.
penyebar keharmonian.


perempuan itukan penunduk ego?
pemadam bg api amarah.

bidadari dunia.
yg punya sayap.
menadah segala ketidak sempurnaan.
menutupi segala keaiban.


sangat kental kan?

jadi bersabarlah.
itukan bunga keimanan.

paling tidak kamu sentiasa ada tempat yg satu utk dipohon.
kamu tidak lupakan?

chill.

moral: mengalah itu indah.

Khamis, 10 November 2011

kata-kata yg indah itu tidak perlulah manis sebenarnya.


bila sebut pasal terfaktab.
bagi saya :
ianya
plain truth when it comes to love.
writing yg so true. :)

hihi.
saya teringin sgt nak baca.
mane kan tahu ade rezeki.
tak ade rezeki disini, ade rezeki lebih beli sendirik. hihi


sangat cool kan.
cover page cool.
tagline yg cool.
tmbh cool kalau sy punya satu.

kitab cool yg diperkatakan:
moral nya:
kata-kata yg indah tu, tidak perlulah manis sebenarnya. :)
erm.
walaupun.
kata-kata manis tu amat melegakan hati.
cisdale.
ah sgt suka kan sweet talker.dem.

**further info klik gambo le ye

Rabu, 9 November 2011

memories are just memories.


certain memories are best to be forgotten.
how i wish.
:(

dont u ever grow up.


love u so much baby:)

Ahad, 30 Oktober 2011

real steel.

hugh jackman!!!<3

kacak ke tak kacak???
jujur okeh!!jangan tipu~
*melting*

suka. suka. suka.
ngeheheh.
bunyi besi berlaga sana sini!!
gedegung gedegang.
semuanya nampak gagah dan cool.
tontonan yg sesuai utk seisi keluarga.
<3

lebiu bestie!!bwk saya pg jupe jackman saya. <3

Rabu, 19 Oktober 2011

moral die jangan gelak.

kak ira cabut gigi.
dua bijik lagik
gigi geraham pulak tu.
hamek kau.
haha.

kak ira tu.
 umo die 28.
umur yg pada aku,
tahap selesa bebas kaviti.
bukan kah?

dan kamu tahulah aku.
aku gelak berdekah2.
hihihi.

dah dewasa pon cabut gigi lagik??
kekeke.

kamu tahu.
 kak ira tu sgt cantik.
tapi kene cabut gg pulak.
kekeke.

itu kelakar oke.
kamu perlu lihat ekspresi beliau bila dpt tau kena cabut gg tu.

ah serius aku xtahan.
3 hari 3 malam aku tgelak.

dan skrg.
allah tu maha besar tahu?


4 gigi geraham aku dah mula goyang.
aaaaaaaaaa

kenapa cepat sgt aku dihukum?
T__T


sedih.



ini credit  utk petua:

 Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.


 Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.


amek serbuk jantan hitam, diletakkan dlm gigi yg sakit.
(habatus sauda)



Sabtu, 15 Oktober 2011

bertuah di cabut?

ini senyuman sampai belakang telinga oleh aku.
alhamdulillah
syukur nikmat
malaysia maju
rakyat selamat.

alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah~

ulang 80 kali.

oke aku mmg overexcited yo.

seriyes tak penah mng hadiah cabut2 ni,
last dulu time form four.
itupun dapat hadiah patung mickey mouse boleh masuk tangan buat2 mcm puppet.
[aku rasa cikgu aku beli kat cow kit belakang sekola]

ini ipad yo!!!

seiyes seronok.
plus datok sahol yg bagi!!
i lebiu very much.
[berdebar i naik pentas]

datok sahol kata:
saya harapkan dgn ipad ni bolehla misi uitm utk lahirkan saintis kimia menangi hadiah nobel tercapai.

erkk.

kehkehkeh.

tapi gua mende2 canggih ni tak berahi sangat.
sorry sgt datok.
keh keh keh.

gua dah exchange ngan kakak gua.
ipad gua exchange dgn ipod yg ade engrave nama gua.

gua rasa oke sgt kot.
dua2 satisfied.
lebiu kakakecik.<3

sambung nyanyi balik..
alhamdulillah~80x

p/s; since ipod tu lagi kecik kan. gua harap gua dapat menang hadiah nobel kecik punyeer pun jadi.ppffftt..IA

Jumaat, 7 Oktober 2011

TERsasar.

memang pon.
aku dah tersasar.
ah.
taktahu mcm mana nak patah balik!!
sobs.

Selasa, 4 Oktober 2011

riang ria raya

saki baki gambar raya 2011.


will never forgert this.

cet, 
tahun depan pun akan kata begini juga.
semua moment tak akan ingin nak lupa. 
keh keh keh
sehari sebelum raya.
aqil demam denggi kat hospital kene admit seminggu.

hari raya pertama.
haha>gelang hospital pon tak bukak lagi. cett.
raya dgn zahirah juga. openhos beliau.
masita pun ada juga.:D
kak ina kakak ipa zahirah pon ada.hahaha

okelah. lebiu ol very much.
ini fakta :)
<3


Khamis, 18 Ogos 2011

the best ramadhan ever.

thanks allah.
for giving me EVERYTHING.
.SEMUA-SEMUANYA.
makanan yg sedap.
baju raya saya.
kasut raya saya.
kepek bawang raya saya.
basikal raya saya
semua yang saya punyalah.
terima kasih murahkan rezeki saya.:)
alhamdulillah.

dan.
kamu.
kakak besa.
masakkan kuetiau goreng kegemaran saya hari-hari.
terima kasih kerana tidak bosan dgn kue tiau goreng tu.

terima kasih juga buat anak2 kamu tu.
menceriakan aku yg kusam ni.

seronok sgt.:D
buntal ashu dgn adik.

ahhh.geramm.

sayang semua.
pelok cium gomol pipi-ashu.


p/s:
saya akan rindukan kalian.
janganlah membesar lagi.
kekal pada umur itu.
sbb.
alam dewasa tidak comel tahu.?
T__T

jadi memontel ashu sampai bile2 ya.
lebiu.




Isnin, 15 Ogos 2011

kamu tgk annisa?

oke lah.
kalau kamu tak tgk annisa.
kamu tgk 'die bukan mariam' x?


em.

kamu tahu.
aku sayangkan bestfren aku.
juga macam annisa sygkan balkis.
sungguh xtipu.


die ada special place.
macam aku syg kakak.
macam aku syg abah.
dan aku mmg sayangkan besties aku.


kiranya umur aku panjang dan punya anak dan cucu.
aku mahu dekat2 dgn besties aku.
:)

satu negeri pon dah memadai.
boleh kita minum teh petang bersama kan.:)

oke.
heres the point.
jadi.
bile kamu sakit kan dia.
aku mmg rasa nak marah sangat.
marah cm mane kamu tahu?

aku rasa macam nak bagi tahu abah kamu.
kamu umur pon tak matang lagi.
lembang mcm org dewasa.
konon.
dewasakah?
sikit pon tidak.


ada hati nak berpoya-poya lagi pula.

haih.

haih.

haih.

aku mmg pelik sgt perangai lelaki mcm kamu.

poya-poya. poya-poya. poya-poya.

pelik.

tak bolehkah kamu lekat hati kamu elok2 utk satu org saja?

dan kamu igt itu kool.?

menguji hati sesuka hati kamu.

sikap itu.

mmg sgt shit.

kamu tahu shit?

itulah kamu.

kalau aku boleh flush.

dan kamu hilang.

kan bagus?

masalahnya,nak flush pon sudah rasa geli.

ahh.

maafkan aku.
tak boleh terima kejahatan yg begini.


tuhan.
tlg.
lindungi hati kami.
dr segala sifat yg keji.

sobs.

Jumaat, 5 Ogos 2011

autism.

(cume nak share kat sini)

saya ada anak lelaki.
autism.
erm.

oh.

oh.

oh.

T_____T

sy mmg tidak sabar.
dan sy menyesal tidak dpt mengawal amarah saya.
tapi taktahu mcm mane lg mahu buat.
kalau kamu tahu.
tlglah bgtahu saya.
tolong ya.
sy serius taktahu nak tangani masalah begini.

paling tidak.
saya cuma mahu dia makan.
dan berak ditandas.
dan bergaul dgn crowd.

oh.
besar sgt ke pmintaan saya?:(


Rabu, 27 Julai 2011

Selasa, 12 Julai 2011

adaptasi kultur baru.

haha.
mood sgt gembira sekarang!!
mahu gelak besar-besar.HAHAHA

sgt seronok tahu kultur baru kat kemaman ni!!

sy buat sales barangan avon.
anda tahu avon?

barangan-barangan wanita.
hihi.

perlu ada kamus mahu bekerja disini tahu!!
sangat seronok!

...


....




......





...........


tadaa.

deodorant- ubat tiok
perfume- air wangi
eyeliner-celok
bayar asing-suku
purse concentre-air lecek
.......

ohh.nt smbg!
nak g kije da.babai.:D

Rabu, 25 Mei 2011

i mean it.

anyway adele sgt sweet.
lots of love utk simontel bersore lunak.




hate to turn up out of the blue uninvited, 
But I couldn't stay away, I couldn't fight it, 
I had hoped you'd see my face, 
And that you'd be reminded that for me it isn't over, 

nevermind.

I'll find someone like you, 
I wish nothing but the best for you, too, 
Don't forget me, I beg, 
I remember you said, 

Sometimes it lasts in love.
But sometimes it hurts instead.



tutup buku.
terima kasih anon.

Selasa, 24 Mei 2011

hot and roll.

hari tu waktu jenjalan kat east coast mall kuantan ngan kakbeso.
dah lama dah sebenanya hari tu.
tapi baru sekarang saya mention.
hehe.

saya ade try hot and roll ni.
saya punya paratha.
inti bbq chicken.
pergh.
sedap wehh.
suke sangat.
seingat saya dalam 4 ringgit harga dia sekeping.

jadi as a routine.
saya cuba buat kat rumah.
since cara buat pon namapk sangat mudah!!!ngee.
tapi.
xlah exactly sama tau.
saya takde sos bbq kat rumah.T__T
guna barang2 yg ada dalam peti es je.
but still sgt nice.




ohh.sangat sedapp~~

so yg saya buat hari ni.
since paratha kegemaran saya tak ada.(garlic)
saya goreng 3 keping paratha plain je.
pastu goreng bawang yg besar tu dgn tepung.
goreng ayam kfc seketul.
bege sekeping.

potong kecik2 ayam ngan bege.
buh mayo, lada hitam, sos cili.
susun sume2 atas paratha.dan kepitkann!!
yeayyy.

sedapp sangatt!!
tambahan pulak ada kepingan rangup bawang goreng saya!!


trylah ya~
suke sangat~

p/s: saya tahu, ini sangat mudah dan tak mencabar minda kamu pun kan. hehehe. yg penting sedap babe~enjoice.

Isnin, 23 Mei 2011

cendawan goreng.

heaven gila makan cendawan goreng.
mmg terlalu sedap.
saya ingat dulu2.
saya tamak.
setiap kali pasar malam saya beli cendawan goreng 2 bungkus.
satu bungkus 2 ringgit.
2 bungkus 4 ringgit.
dahla saya bawa 5 ringgit je pegi pasa malam.
cett.

akhirnya saya tak tahan!!!
saya fikir.
kalau saya beli masak sendiri lagi puas makan byk2.
hahahahahaha.


satu bungkus 5 ringgit.
tapi 2 kali ganda dr yang ini.
saya boleh goreng 3 kali untuk 4 org makan dgn kenyangnya.
sangat berbaloi.

banyak kali juga saya buat nak dapat kan rasa yang sama macam makcik pasar malam tu.
ini antara hasil terbaik yang saya rasa sedap.
saya guna tepung ini.:D:D
tepung goreng adabi.

pastu ada tepung goreng pedas jusco selection juga.

rasa pon sama mcm tepung kat atas.:D



yang ini pon sangat nice!!

cumanya ade rasa pedas sedikit*kata kakak saya*

saya xrasa pedas pula.
cuma sedap dan rangup sama seperti makcik pasar malam tu.:D:D
nak buat pon senang.
siang cendawan tiram.
cuci2.
dan celup kat tepong dan goreng.:D
siap dapat mcm ini.:D

oh maaf ya.saya copy paste dr pakcik google saja.
tapi mmg exactly mcm ni pon.
nice.

makan dengan sambal kicap cili api.




awesome!!!

babai makcik cendawan goreng. saya dah pandai buat sendiri.ngee~

p/s: nanti saya nk try juga kalau yg plain. maksud saya yg tak pedas. [macam tak sedap je.]


tony roma's

sy sayang kak kecik saya.
dia selalu bawa saya pegi restoran mahal-mahal.
hikhik.
cium pipi kamu nak kakak?
ngeee~
kamu buat ada taman dlm hati saya hari ni.
plus saya dah jadi mcm dugong hari ni.
makan banyak-banyak dan terdampar kesepian.
oke. 
terus pd mknn okeh.

original baby back ribs.
ini specialities tony roma's sebenarnya.
tapi sy bukanlah penggila steak mahupun western food sangat.
lagipon kesian pula pd kakak saya.mahal yg amat.hahaha.
 tunggulah kalau saya dah grad barulah belanja ini ya kakak.
xberbaloi belanja saya yang ini sekarang.
esok saya pasti dah lupa rasanya.*blushing*

CAJUN ROMA BURGER
mmg sangat sedap.
tapi saya terpilih medium.
jadi daging tu masak 80% je.
hasilnya bege saya ade sedikit boco apabila nak dimakan.
saya fikir well done mungkin lebih baik.
tiadalah meleleh bege saya.
btw sgt nice.
texture yg sangat lembut dan sedap.
daging yang sangat manis.
aaahhh.sedap lah senang cite.
combination yg sgt baik bg saya.
ada onion ring dlm bege. so ade rase rangup2 sikit.ade masam2 jeruk timon.
secukup rasa semunya.
:D
saya kerat tiga.
satu untuk lunch.
tea time.
dan dinner.:D

FRIED MUSHROOM 

cendawan goreng ni pon sangat sedap!!!!
oh suke sangatt..
selalu saya makan cendawan goreng tiram.
tapi ni bukan tauu.
rupa die mcm shittake ssedikit. saya pon taktau cendawan apa.
mungkin juga shittake sebenarnya.T__T
tapi rasanya lagi berlemak.
oh sangat sedap.:D


MOJO CHICKEN

kakak saya order yg ini. cuma nasinya tiada.
hoho.
saya rasa oke.
cuma saya tak berapa gemarkan ayam dimasak begini.
hehe.
[ayam sambal ke lagi sedap kot]
masakan mcm ni buat saya sedikit muak.
dan cepat knyg.T__T.
xboleh mkn banyak2.



ini onion loaf tony roma's.
sedap.

ini onion ring AnW
terlalu sedap.
saya tetap pilih yang ini.
yg ini lebih ranggup.
itu je.
labih sedap dikudap2 sewaktu menonton tv mahupun berborak bersama rakan2.
:D

lepas tu ice blended.
ice blended of santan+mangga+pineapple.
tapi rasa santan kuat sangat.
jadi mcm ade rase minum cendol sikit.
:)
sedap


Jumaat, 20 Mei 2011

#1 kenapa wolverine?


satu minggu sekali akan tgk satu movie.
kebetulan minggu ini jatuh pada hari jumaat pula tgk movie.hish.T__T


oh.oh.oh
btw.
ini kali yg ke 20 dah tengok cerita movie ini.
XMEN ORIGIN: WOLVERINE.

kenapa tgk sampai 20 kali???
oh.tipulah kalau saya kata saya die hard fan komik xmen.haha
saya tak tahu ape ape pon pasal komik itu.
paling kuat pon saya tau, nama watak2 seperti toad, sabretooth(abg wolverine),jane, magneto
[itupun sbb selalu lawan dgn abg sy masa main ps2.]

saya yg sebenarnya.
suka sangat.sangat. pada HUGH JACKMAN.*blushing*
tgk seratus kali pon saya sanggup.*blushing lagik*

sbb saya rasa dia sgt low profile.
tgk isteri dan anak-anak dia.
ah comel sangat tau.

http://celebritybabies.people.com/2009/04/25/hugh-jackman-and-family-do-disneyland/



haa.awak tak rasa comel ke??

dahla baik, gagah, hensem, penyayang, setia pulak tu.
kadang-kadang saya tertanya. adakah zodiak dia sama dgn saya.*melt*
oh melebih2 pula. maaf.

btw. 
xmen origin sangat berbaloi tengok berulang kali.
percayalah cakap saya.
:)

kamu akan rasa sangat romantik tgk jane dan wolverine.
sangat sweet.
tentang cerita bulan dan wolverine yg jane buat untuk logan tu sangat indah.
malangnya jane meninggal pula di akhir cerita.T__T.
ahh.benci.

oke.
itu saja.
next week saya tgk cerita lain pula.:)


Ahad, 15 Mei 2011

obor-obor

mode: hidung meleleh-leleh!!benci.

saya baru balik dr kursus obor-obor 3 hari tu.

sangat nice. sy punya anak2 yang baru skrg. yeah.

ramzi.abeyl.myra.nash.mirul.faiz.sha.fiza.shaaripah.nazmi.

saya sayang kesemuanya.xtipu.

saya mahu cium pipi. tapi diorang pulak tak mahu!![inilah budak2 sekarang ya.]T__T

oh.oh.oh saya harap kamu semua berjaya dlm spm ya!!

dan.

program tu juga.

buat.

saya rasa sangat gemok sekarang.

6 kali makan dalam sehari!!dan saya banyak mkn pulak tu.haihh.

jadi sekarang. sudah malas mahu be3rgerak. dah sangat gemok.hish.

OHH!!juga dah lama tak ber**.haihh.

stress tahu.

nk minum kopi radix kejap. harap dpt ber** lepas ni.chow~

anak saya semuanya comel-comel.kissable okeh.